Utama Tips Minum 'Bergelen' Air Putih Kononnya Boleh Slim, Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

Minum ‘Bergelen’ Air Putih Kononnya Boleh Slim, Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

Dalam pelbagai tips penjagaan kesihatan khususnya melibatkan berat badan serta kulit wajah, kaedah ‘minum banyak air’ sering digalakkan kepada semua orang. Memang tidak dapat dinafikan pengambilan air kosong amat bagus untuk kesihatan. Namun tahukah anda air yang terlalu banyak sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada organ dalaman kita? Percaya mahupun tidak, kekeliruan tentang perkara itu sudah dibahaskan sendiri oleh 3 orang doktor.

BACA : Tahan Nafsu Mentekak Nasi Jangan Timbang Berat, Pemuda Ini Hilangkan 35kg

Cara saya minum air putih 7 liter sehari

Topik ini menjadi perbualan hangat di Twitter apabila seorang lelaki mula berkongsikan tips pengambilan air kosong kononnya demi kesihatan diri. Namun begitu, kuantiti air putih yang ditetapkan agak keterlaluan sekali iaitu sekitar 7 liter/sehari sekali gus menimbulkan pertikaian di kalangan netizen.   

Gambar sekadar hiasan

Kencing jernih maksudnya dah overdo…Kamu bukan ikan

Terpanggil untuk memperbetulkan mentaliti berkenaan, seorang pengguna Twitter bernama Pami Nordin yang juga seorang doktor tampil terlebih dahulu untuk berkongsikan pendapatnya sendiri. Katanya, pengambilan air berlebihan akan bertukar menjadi beban kepada buah pinggang sehingga menyebabkan air kencing kita berubah menjadi putih atau jernih. Jelas doktor ini lagi, dia pernah berhadapan dengan situasi seorang gadis yang terkena sawan gara-gara mengambil 10 liter air/sehari.




Gambar sekadar hiasan

Minum macam biasa…8 gelas sehari

Tidak ketinggalan, fakta tentang sawan itu dikuatkan lagi dengan perkongsian pendapat daripada seorang Doktor Pakar Buah Pinggang yang sudah popular di media sosial iaitu Dr. Rafidah Abdullah. Dedah beliau, pengambilan air secara berlebihan bukanlah langkah yang betul sekiranya mahu mengurangkan berat badan. Sebaliknya, kaedah bersenam adalah lebih baik dan hanya minum air apabila terasa haus sahaja.

Jangan berlebihan sehingga datangkan mudarat

Selain dua orang doktor itu, Dr. Nimelesh juga membantah idea pengambilan air kosong secara berlebihan ini. Pesannya, segala apa yang dimasukkan ke dalam mulut haruslah diambil dengan sederhana dan setakat mencukupi saja sebelum ia memberikan kesan buruk kepada badan sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Dr. Nimelesh, Dr. Pami Nordin, Dr. Rafidah Abdullah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI