Cinta & Perhubungan Viral

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu
Rasaflix

Sharing is caring!

“Wanita malang adalah yang salah pilih suami”. Kata-kata tersebut pernah diucapkan sendiri oleh seorang pakar motivasi terkenal iaitu Prof Dr Muhaya. Kenyataan itu seolah-olah membuktikan betapa pentingnya aspek yang perlu diambil kira dalam memilih jodoh masing-masing khususnya buat golongan wanita. Baru-baru ini pula, seorang wanita telah meluahkan persoalan tentang bakal suaminya yang cukup merunsing jiwa. Daripada luahan itu, jelas nada-nada kerisauan melanda dirinya untuk membuat keputusan berkahwin.

BACA : [VIDEO] Wanita Paling Malang Adalah Yang Salah Pilih Suami..Prof Dr Muhaya

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu
Gambar sekadar hiasan

Dia ada 2 calon tak tahu nak pilih mana

Pendedahan itu dikongsikan semula oleh seorang tweetfamous bernama Shabina sehingga meraih ribuan retweet daripada netizen. Kata gadis berkenaan, teman lelakinya membuat pengakuan mengejutkan kerana rupanya dia turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Lebih teruk lagi, kedua-dua wanita tersebut disuruh berjumpa ibu bapa kepada jejaka itu untuk dinilai sebelum menjadi menantu pilihan. Memang sangat menyakitkan hati, namun itulah situasi yang sedang menimpa gadis malang tersebut. 

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu
Gambar sekadar hiasan

Kalau tahu dia ada pilihan lain, aku terus undur diri

Bagi Shabina selaku orang terawal yang mengetahui kisah itu, dia berpendapat adalah lebih baik untuk mengundurkan diri. Jelasnya lagi, lelaki berkenaan tidak sewajarnya berada dalam kekeliruan memilih jodoh walhal mereka sudah pun mula bercakap tentang fasa serius dalam perhubungan iaitu perkahwinan. 


Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Kahwin pun suruh parents decide? Dia sendiri tak tahu apa dia nak

Mengambil pendapat lain daripada ruangan komen pula, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama. Bagi mereka, tidak mustahil lelaki itu akan mempunyai wanita lain selepas bernikah nanti kalau zaman bercinta pun sudah berperangai sedemikian rupa. Ada juga yang mempertikaikan sikapnya yang menyerahkan urusan peribadi sepenting itu kepada ibu bapa walhal dirinya sudah cukup dewasa membuat keputusan sendiri.

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Sumber : Twitter Shabina

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram