Cinta & Perhubungan Viral

“Cemburu Tengok Orang Lain Ada Suami, Aku Sempat Rasa Nikmat Tu Sekejap Je..”

Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada ujian hidup. Antaranya adalah ujian kehilangan orang tersayang. Hakikatnya, amat berat untuk menanggung kerinduan kepada orang yang telah ‘pergi’ tetapi tidak akan kembali. Sudah tentu akan mengambil tempoh masa yang agak lama untuk menenangkan fikiran dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi. Begitu jua pengalaman buat Nadia Syahira Sabirin yang kehilangan suaminya, Allahyarham Mohammad Ashraf Bin Rusnin.

BACA: Jangan Salahkan Diri Bila Ditinggal Lelaki, Mereka Yang Tak Pandai Menghargai

Advertisement

Ketepikan ego diri, hargai agar tidak menyesal di kemudian hari

Jodoh dan ajal adalah rahsia Allah. Oleh itu, saudari Nadia mengingatkan mereka yang sudah berkahwin agar saling menghargai. Peluang yang masih diberikan tidak sepatutnya di sia-sia kan dengan perkara yang boleh mengeruhkan hubungan masing-masing agar tidak menyesal nanti. Walaupun setiap individu pasti mempunyai tahap ego masing-masing, tapi jangan nanti lepas mereka tiada barulah rasa menyesal di kemudian hari.

Advertisement

Cemburu tengok orang lain ada suami…aku rasa nikmat tu sekejap je

Advertisement

Tambahnya lagi, dirinya rasa cemburu kerana hanya dapat hidup bersama dengan suami nya dalam tempoh yang terlalu singkat. Jika ingin meluahkan rasa sayang kepada partner, sebaiknya jangan ditangguh kerana kita belum tahu bila partner akan pergi buat selamanya.

Menangis pun tak akan kembali lagi

Advertisement

Dia turut mengatakan Allah mengambil nyawa insan yang kita sayangi supaya kita muhasabah diri untuk perbaiki diri. Namun, tidak mungkin terjadi lagi kerana suaminya telah pergi buat selamanya dan tidak ada gunanya meskipun dia tangiskan lagi. 

Advertisement

Sumber: Facebook Nadia Syahira Sabirin

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram