Utama Inspirasi Bapa Tulis Nota Sebelum Diri Dijemput Illahi, Tweet Wanita Ini Undang Sebak!

Bapa Tulis Nota Sebelum Diri Dijemput Illahi, Tweet Wanita Ini Undang Sebak!

Dunia ini hanyalah pinjaman! Inilah frasa yang ringkas tetapi cukup memberi makna kepada setiap manusia yang masih lagi bernyawa di atas muka bumi ini terutama sekali mereka yang beragama isIam. Berikutan dengan itu, satu posting telah tular di Twitter apabila seorang wanita yang menggunakan nama akaun @adylacynta ini telah berkongsi beberapa catatan milik ayahnya yang mengundang sebak netizen. 

BACA: Tak Berkelip Pandang Kaabah – Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Sebak Tunai Haji

Melalui posting tersebut, wanita ini memberitahu yang dia sedang mencari bapanya yang tidak kelihatan pada hari tersebut. Setelah itu, dia menjumpai bapanya di dalam bilik keseorangan diri sedang menulis nota untuk persediaan menemui Pencipta. 




 

Bapa simpan nota itu dalam telefon supaya senang ingat

Tambah wanita itu di bahagian kapsyen, bapanya mengarang nota tersebut lalu menyimpannya di dalam telefon supaya senang untuk dia mengingati dan menghafal. Wanita itu yang tampak sebak dengan perbuatan bapanya turut berdoa agar Allah memajangkan usia ibu dan bapanya. 

Wanita ini juga berharap perkongsiaanya dapat dijadikan peringatan buat semua orang termasuk dirinya sendiri. Sebagai pencerahan, nota ringkas berbentuk diagram itu memuatkan beberapa fasa penting yang perlu kita ingat semasa hayat kita di muka bumi ini termasuklah solat, hari pembalasan, takwa dan zakat. Ternyata, perkongsian wanita ini tentang nota yang dibuat oleh ayahnya telah mendapat perhatian netizen sehingga mendapat lebih 2 ribu perkongsian semula dan lebih 3 ribu sukaan setakat ini. 

Sumber: Twitter adylacynta




Artikel Popular