Utama Hiburan "Tak Berkelip Pandang Kaabah" - Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Sebak Tunai Haji

“Tak Berkelip Pandang Kaabah” – Wany Hasrita Kongsi Pengalaman Sebak Tunai Haji

Pada 7 Ogos yang lalu, Bintang Paling Popular ABPBH 31 yang terkenal dengan lagu ‘Menahan Rindu’ telah berangkat ke Tanah Suci setelah menerima jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama rakan penyanyi, iaitu Amira Othman. Kini, Wany Hasrita yang perjalanan pulang daripada mengerjakan haji telah berkongsi pengalaman yang dianggap penuh bermakna mengerjakan rukun IsIam kelima itu buat pertama kali. 

BACA: Betul Ke Bagi Makan Baki Atau Lebihan Daging K0rban Kepada Haiwan Jatuh Haram?

Menurut penyanyi ini di bahagian kapsyen, dia memanjatkan rasa kesyukuran dapat menunaikan ibadah haji itu dengan jayanya. Selain itu, dia juga berkongsi beberapa ‘moment’ disebalik pengalaman hajinya daripada ihram, wukuf di Arafah sehinggalah selesai mengerjakan tawaf. 




Mata tak berkelip pandang Kaabah

Wany Hasrita berkata pengalaman hajinya itu sangat luar biasa. Dia telah melalui beberapa fasa haji yang mengundang sebak dalam hatinya. Paling menarik, dia turut berkongsi kisah yang sama apabila hujan turun selebat-lebatnya di Arafah seperti yang dipaparkan di media sosial. Seperti orang lain yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Masj1d1l Haram, penyanyi itu berasa sangat terharu memandang Kaabah di depan mata. 




Pada keseluruhan kapsyen, Wany hanya menggambarkan betapa bersyukur dia ke hadrat Illahi kerana perjalanan hajinya dipermudahkan. Malah, dia juga mendoakan seluruh umat IsIam berpeluang merasai pengalaman yang sama seperti dirinya. 

Sumber: IG Wany Hasrita




Artikel Popular