Utama Inspirasi Sanggup Ikat Aiskrim Sampai 4 Pagi, Gadis Tak Kisah Buat 5 Kerja...

Sanggup Ikat Aiskrim Sampai 4 Pagi, Gadis Tak Kisah Buat 5 Kerja Demi Duit Lauk

Zaman belajar boleh menjadi antara zaman yang paling struggle dalam hidup seseorang. Selain bebanan tugasan yang bertimbun, kerinduan pada keluarga, duit yang tidak mencukupi juga menjadi faktor yang sering menekan pelajar. Itulah mungkin situasi yang perlu dilalui oleh seorang gadis yang bernama Kamilia Afiqah apabila dia terpaksa membuat banyak kerja sampingan untuk mendapatkan duit sewaktu pengajiannya di universiti.

BACA: Nyaris Diseret Ke Dalam, Bibik Mengaku Letak Ubat Tidur Dalam Susu Bayi

Gadis ini telah berkongsi kisah tersebut di akaun Twitter miliknya. Dalam perkongsian tersebut, dia juga memberitahu alasan dia perlu membuat banyak pekerjaan semasa bergelar pelajar adalah untuk memberi duit belanja pada adiknya dan juga ibu bapa. 




Doakan aku tetap 3.00 ke atas sem ni

Di bahagian kapsyen, gadis ini memberitahu dia terpaksa membuat sehingga lima kerja sambilan dan salah satunya adalah dengan menjual ais krim. Katanya, duit penjualan ais krimnya itu boleh disimpan ke Amanah Saham Berhad (ASB) dan membantu belanja ibu bapa dan adiknya yang masih belajar di UiTM. 

Kenapa kerja part time banyak sangat?

Menjawab pertikaian oleh orang ramai tentang kesanggupannya membuat banyak kerja part time, dia ada memuat naik satu screenshot WhatsAppnya bersama seorang lelaki yang dipercayai adiknya. Kelihatannya, dia terpaksa membuat kerja sambilan itu untuk membantu sedikit sebanyak keperluan makan keluarganya. 




Sapa je tak nak tengok ibu abah makan sedap?

12 tengah malam hingga 4 pagi buat ais krim

Terbaharu, gadis ini juga telah membongkar situasi sebenar yang dihadapinya melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Ternyata, kesusahan yang ditanggung oleh gadis ini daripada bekerja seawal 7 pagi bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Atas dasar rasa tanggungjawab dalam dirinya, dia sanggup bersengkang mata untuk memintal ais krim sehingga jam 4 pagi. 

Kesanggupan gadis yang masih bergelar pelajar ini menjual ais krim bukan sahaja memberi inspirasi kepada netizen untuk mula mencari pendapatan sampingan malah turut disokong oleh majikan di tempat kerjanya.




Menariknya lagi, ada netizen yang sempat meminta resipi dan gadis ini nampaknya tidak lokek untuk berkongsi resipi ais krim hasil buatannya sendiri. 

Sumber: Twitter Kamilia Afiqah




Artikel Popular