Berita Semasa

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas

Sharing is caring!

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Ia adalah lumrah yang perlu ditelan oleh setiap manusia di atas muka bumi ini. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, jika sudah tidak sehaluan maka perpisahan adalah jalan yang terbaik. Samalah seperti satu kisah couple ini yang berpisah atas kemahuan si isteri. Namun, alasan yang diberikan untuk berpisah dengan suaminya sangat tidak disangka-sangka. 

BACA: Apa Dosa Aku Lelaki Dedah Putus Cinta Gara2 GF Anti Vaksin & Bumi Rata

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas
Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita dari Fujairah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah meminta suaminya menjatuhkan talak terhadapnya gara-gara suaminya itu terlalu baik dan menunjukkan ‘kasih sayang yang ekstrem’ sepanjang masa. Bukan itu sahaja, dia juga tidak berpuas hati kerana suaminya juga merupakan seorang yang rajin membantunya di rumah. 


“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas
Gambar sekadar hiasan

Rindu nak berbalah

Menurut wanita itu, dia rindu untuk berbalah supaya adanya konflik dalam hubungan rumah tangga. Namun, itu semua nampaknya mustahil kerana suaminya sangat romantis dan sering membelikan hadiah setiap hari. 

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas

Tidak mahu kehidupan yang sangat mudah

Tambahan lagi, suaminya tidak pernah sesekali meninggikan suara malahan sering mengucapkan kata cinta secara berlebih-lebihan. Contohnya, dia pernah mengadu tentang berat badannya yang meningkat untuk mencetuskan kerisauan tetapi sebaliknya suaminya pula yang diet dan mengamalkan senaman.

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas
Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, suaminya telah memohon pihak berwajib untuk membatalkan permintaan isterinya untuk berpisah. Hal ini kerana, dia berasa tidak adil untuk menilai perkahwinan daripada tahun pertama, apalagi semua orang melakukan kesilapan dalam hidup. 


“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas

Sumber: Facebook Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Baik Salah, Tak Baik Marah” – Isteri Nekad Berpisah Gara2 Suami Suka Mengemas

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram