Utama Viral 9 Negeri Di Malaysia Dijangka Tenggelam 2050 Nanti, Jutaan Nyawa Akan Terkesan

9 Negeri Di Malaysia Dijangka Tenggelam 2050 Nanti, Jutaan Nyawa Akan Terkesan

Melihat kepada sikap tidak bertanggungjawab manusia yang enggan menjaga alam sekitar membuatkan bumi semakin tenat. Jika dilihat secara keseluruhan, perubahan cuaca mendadak yang turut menyumbang kepada pencairan ais di kutub utara bukan lagi perkara yang mengejutkan kita semua. Saban tahun, paras air dunia semakin meningkat dan kajian saintifik tentang ramalan kawasan yang akan tenggelam juga sudah banyak dikeluarkan sebelum ini.

BACA : [VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

Gambar sekadar hiasan

9 negeri yang bakal tenggelam

Terbaru menerusi laman Twitter Centre For Governance and Political Studies juga, mereka telah mengeluarkan sebuah kajian bahawa Malaysia juga yang bakal berhadapan dengan perkara sama. Sejak dikongsikan pada 6 November lalu, posting berkenaan sudah meraih hampir 10,000 jumlah retweet daripada netizen. Menggunakan model CoastalDEM dengan pengukuran lebih tepat, kajian ini menyenaraikan 9 negeri utama yang akan terjejas teruk rentetan masalah berkenaan. 




KLIA sebelah pantai

Gambar sekadar hiasan

Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira

Keadaan yang dijangka terjadi menjelang tahun 2050 itu akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kawasan besar sehingga menghasilkan banyak pulau kecil. Bukan sahaja Malaysia, malahan beberapa kawasan di negara lain turut terjejas sehingga mereka lenyap buat selama-lamanya.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Ini adalah realiti masa hadapan kita

Sewaktu berhadapan dengan kemelut terbabit, jutaan penduduk Malaysia terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesan buruk dan salah satunya adalah krisis kekurangan sumber makanan memandangkan banyak ladang berhadapan kemusnahan teruk. Selepas mengetahui tentang kajian ini, netizen sempat berkongsikan rasa takut dan merasakan mereka tidak sempat merasai tragedi itu memandangkan usia mereka pun sudah semakin lanjut.




 

Sumber : Twitter CentGPS dan Facebook Siakap Keli

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI