Utama Artis Fitting Busana Pengantin & Hitung Hari Nak Kahwin, Risteena Buka Kisah Cinta

Fitting Busana Pengantin & Hitung Hari Nak Kahwin, Risteena Buka Kisah Cinta

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan adegan suap-menyuap pelakon Nur Risteena bersama teman lelakinya yang disorokkan dengan emoji sehingga menjadi teka-teki para netizen. Segalanya bermula apabila aktres ini sendiri yang berkongsi video tersebut di laman Instagram miliknya. Namun, netizen seperti dapat meneka bahawa jejaka tersebut merupakan pelakon dan penyanyi Isa Khan menerusi perkongsian kedua-duanya di entri tersebut.

BACA : “Ramainya Yang Bitter.. Bersihkan Hati” – Ruhainies Tepis Kecaman BF Suap Makan

View this post on Instagram

Sayang, kamu tlah muncul dalam hidup aku pada saat aku ga punya siapapun. Kamu tlah memberi segala arti dan semangat yang baharu dalam hidup aku. Kamu tlah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat coba untuk meracuni pikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku. Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa udah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini. Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku. Aku cuman mau kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang. InsyaAllah.. Tuhan tlah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih karna tlah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku ga akan kecewakan kamu. Kepada sahabat” media, minta maaf aku belum bisa kasih apa” penyataan untuk sekarang. Minta doa dari kalian moga semuanya di permudahkan buat aku dan dia. Assalamualaikum. #countingdays💍

A post shared by ᴄᴏɴᴛʀᴀ ᴇʟ ᴍᴜɴᴅᴏ ™ (@theisakhan) on

Done fitting & counting days

Terbaru, Risteena telah berkongsi satu posting berbentuk video yang memaparkan dirinya memperagakan busana pengantin di sebuah butik. Melalui perkongsian itu juga, dia tidak lokek menulis kisah cinta bersama buah hatinya itu. Menurut Risteena, bibit-bibit cintanya bermula semasa dia berjumpa dengan lelaki bertuah itu. Tambahnya lagi, bakal suaminya itu seorang yang sangat memahami dan sentiasa cuba untuk menyelami isi hatinya.




Terima kasih cinta

Malah jejaka tersebut merupakan orang pertama yang tiba saat dia mengalami kecelakaan jalan raya baru-baru ini dan sentiasa ada bersama membuatkan Risteena jatuh hati padanya. Dia turut berterima kasih kepada lelaki itu kerana selalu menjaga hati dan perasaannya.

View this post on Instagram

Done fitting. Counting days 💍 Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya. Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini. Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya. Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka. Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya. Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya. We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet! Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati. Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila. Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on




 

Mendoakanmu, satunya cara aku balas segala keringat cinta 

Menjengah ke IG Isa Khan pula, dia tidak ketinggalan untuk menulis posting sweet terhadap teman wanitanya itu. Kapsyen tersebut turut diakhiri dengan #countingdays.

View this post on Instagram

Kunci kebahagiaan itu bukan bersandar pada uang, kuasa, nama atau kedudukan tapi balik lagi pada kejujuran hati mencintai seseorang dan di cintai. Cerita cinta aku dari mengenal kamu, mengharapkan kamu, memperjuangkan kamu , hingga memiliki kamu telah mengisi setiap hari” aku dengan senyuman untuk terus menjaga kamu. Aku juga tlah belajar bahwa cinta yang tulus itu adalah cinta yang bisa menerima masa lalu dan membangun masa depan bersama. Sayang, mendoakan kamu dalam sujud aku adalah satu”nya cara aku untuk membalas segala keringat cinta yang tlah kamu kasih ke aku. Syukur alhamdulillah dan bismillah. #countingdays💍

A post shared by ᴄᴏɴᴛʀᴀ ᴇʟ ᴍᴜɴᴅᴏ ™ (@theisakhan) on




Sumber : IG Nur Risteena , Isa Khan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI