Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

7th November 2019
in Viral
[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi kanak-kanak yang membesar di kawasan perkampungan, kebanyakan mereka menggemari aktiviti berbasikal pada waktu petang khususnya selepas pulang dari sekolah. Pergi bermain di sekeliling kampung dengan rakan lain, itulah aktiviti yang cukup menggembirakan mereka jika hendak dibandingkan dengan menghadap telefon bimbit semata-mata. Namun bagi sekumpulan budak lelaki ini, waktu beriadah mereka kali ini seolah-olah bertukar ‘mimpi seram’ selepas disakat lucu oleh seorang lelaki.

BACA : [VIDEO] Scene Bengkak Susu Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton

Jangan sampai saya jumpa mereka…

Mula dikongsikan sejak semalam oleh lelaki bernama Haizan Yazid Nordin, rakaman berdurasi 25 saat tersebut memaparkan kanak-kanak berbasikal di kawasan kelapa sawit. Sedang berhenti di tepi jalan, lelaki ini telah berjalan menghampiri mereka semua sambil bergurau kononnya mahu dilarikan untuk dibuat gulai asam pedas. Menurut kapsyen yang ditulis, dia ada memberikan peringatan agar orang ramai memantau pergerakan anak mereka ketika membuat aktiviti luar seperti ini.

Terima kasih atas komen positif

Lucunya, dia tidak mahu 2 orang budak yang bertubuh kecil itu. Sebaliknya lebih memilih yang sedikit berisi kerana ‘kenyang sikit’ apabila dibuat lauk. Meskipun niatnya sekadar mahu menyakat sahaja, namun budak lelaki ketiga bernama Adam itu menjadi sangat ‘cuak’ dan mula melalak dengan kuat sekali. Dedah Haizan, sehingga kini dia agak takut untuk keluar rumah dan sempat pula menyorok kerana ingin menyembunyikan dirinya.

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

Yang kecik tu goreng tepung…

Sejak dikongsikan, video tersebut sudah mendapat lebih 10,000 tanda suka dan 15,000 perkongsian semula. Walaupun durasinya sangat pendek, namun situasi berkenaan cukup melucukan sehingga berjaya menghiburkan netizen. Melihat kepada ruang komen, ada juga yang sempat berseloroh dan terimbau pula kenangan sama ketika mereka kecil dahulu.

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat [VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

Sumber : Instagram Haizan Yazid Nordin dan Siakap Keli

Tags: asam pedasbasikalbudakculiksakat
Next Post
[VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

9 Negeri Di Malaysia Dijangka Tenggelam 2050 Nanti, Jutaan Nyawa Akan Terkesan

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)