Hiburan

[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa
Rasaflix

Sharing is caring!

Pernah menghadapi kemerosotan rating tayangan sebelum ini, rancangan Korea Selatan berjudul Running Man terus berusaha keras untuk memberikan hiburan terbaik buat peminat mereka. Bukan sahaja menyerap masuk 2 orang ahli baru, malahan permainan mereka juga kembali kepada rentak asal. Sebelum ini, mereka menarik perhatian ramai dengan episod bertemu peminat selepas berjaya membuat tarian memukau. Di episod terbaru pula, nampaknya rancangan ini mula menunjukkan semula ‘taringnya’.

BACA :Β Miliki Wajah Persis Lee Dong Wook, PU Azman Kantoi Tinggal Komen Merata Di IG

Dah lama tak gelak sampai berair mata

Mula menjadi bualan di Twitter, episod 473 berkenaan telah disifatkan sebagai paling lucu dalam tahun 2019. Pihak produksi telah mencipta sebuah permainan di mana semua ahli perlu melintasi sebuah kawasan perumahan untuk menuju ke kedai serbaneka. Sepanjang perjalanan itu juga, terdapat 5 tahap cabaran yang perlu dilalui dan mereka dilarang untuk ketawa sama sekali. Kelibat Lee Kwang Soo serta Kim Jong Kook yang menjadi partner adalah yang paling menarik perhatian.

https://twitter.com/nazuraien/status/1186289708701143040

Tak berhenti gelak…

Setiap kali mereka tiba di checkpoint tertentu, pasti ada individu yang tampil dengan imej yang begitu lucu sekali. Suasana tersebut sebenarnya bertambah lawak kerana individu yang ditugaskan untuk membuat ahli Running Man tergelak terdiri daripada kru belakang tabir. Dapat disaksikan, mereka berdua begitu struggleΒ dan memilih ‘taktik menangis’ untuk mengelakkan ketawa. Namun apabila sampai ke peringkat terakhir, Lee Kwang Soo terus gagal menjalankan misi setelah melihat kelibat ‘kembarnya’ yang pernah muncul dalam episod sebelum ini.


[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

Berdekah aku tengok ni…

Di ruangan komen posting berkenaan, netizen juga bersetuju mengatakan bahawa ini merupakan episod paling lawak yang ditayangkan pada tahun ini. Rata-ratanya benar-benar terhibur sehingga mengalirkan air mata.

[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

Sumber : Twitter Kuah Kacang, Kairelated, Manis, Sweetestdwnfllx

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo & Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram