Seperti kebanyakan masyarakat lain, Orang Kurang Upaya (OKU) juga layak mendapat hak dan peluang yang sama walau di mana mereka berada. Jika kebanyakan sekolah dan universiti sudah menyediakan kursus khas buat golongan istimewa ini, samalah juga perihalnya dengan sektor pekerjaan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Berbekalkan tenaga pengajar dan tempoh latihan yang secukupnya, mereka bahkan boleh menjadi aset penting dalam sesebuah syarikat atau industri.
BACA:Â [VIDEO] Dimarah Isteri Sebab Gagal Mengemis, Nasib Lelaki OKU Undang Rasa Sebak
Sikap toleransi masyarakat masih di takuk lama
Walaupun tahun ini kita semua sudah berada pada tahun 2020, namun tetap ada sesetengah masyarakat yang memandang rendah tentang kebolehan atau potensi insan-insan ini. Di samping merosakkan fasiliti dan kemudahan dibina khas buat mereka, ada juga ibu bapa yang tergamak menyisihkan zuriat sendiri gara-gara tidak memiliki ciri normal seperti orang lain.
Tolong la rajin sikit membaca
Baru-baru ini pula, ada seorang staf daripada bahagian Sumber Manusia (HR) di sebuah pasaraya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelanggan yang bersikap kasar terhadap staf istimewanya. Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu pelanggan tersebut mahu bertanya tentang lokasi barang yang mahu dibeli olehnya. Namun begitu, dia akhirnya naik berang dan mula menengkik apabila pemuda berkenaan tidak memberikan sebarang respon terhadap soalannya. Walhal dia sebenarnya mempunyai masalah pendengaran dan sudah pun memakai uniform khas bahawa dirinya adalah staf OKU.
Agak-agak la kalau nak complaint…kan pekerja OKU tu
Luahan tersebut telah dikongsi semula oleh salah seorang pengguna Twitter dan memperoleh lebih 10 ribu retweets setakat ini. Di samping bersimpati terhadap pekerja OKU berkenaan, rata-rata netizen turut mengkritik perangai pelanggan yang tak prihatin terbabit. Dalam pada itu, mereka juga mengakui bahawa tahap membaca masyarakat di negara ini masih lagi rendah.
Sumber: Twitter amirulkhuzaimi2