“Game Over” – Penonton Luah Geram, Babak Terakhir ‘Cindai’ Penuh Persoalan

Sejak 23 Disember lalu, drama rantaian ‘Cindai’ sering menjadi bualan hangat di segenap ruangan media sosial. Kisah mengenai anak yatim piatu bernama Cindai Reihana (Ayda Jebat) ini nampaknya telah melabuhkan tirai dalam episod ke-15 semalam dengan beberapa babak klimaks yang sangat mendebarkan. Antaranya adalah sewaktu dia nekad untuk menamatkan riwayat sendiri gara-gara tekanan perasaan yang sangat melampau.

BACA: [VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

Awak sayang saya tak?

Konflik itu tercetus apabila dia tidak dapat menerima hakikat didiagnos menghidap gangguan bipolar serta tersalah faham bahawa suaminya, Iskandar sedang bercinta dengan kawan baiknya sendiri iaitu Salmah. Gara-gara tidak dapat menahan kemurungan melampau serta kurang memperoleh kasih sayang secukupnya, Cindai memutuskan untuk terjun dari tempat tinggi sekali gus menyelesaikan semua masalahnya.

Advertisement

View this post on Instagram

😢🥺 . Sedih tengok Cindai.. Malam ni last episode Cindai. Berakhir segala duka Cindai, mungkin ini yang terbaik untuk semua. . Lebih membimbangkan apabila penghidap tidak menyedari dia mengalami penyakit ini dan menganggap dirinya normal. Pada anggapannya dia mungkin terlalu penat hingga mengganggu emosi diri. Bipolar Disorder boleh membawa kepada perasaan untuk bunuh diri. Dapatkan rawatan pakar. Ini bukan isu remeh. Keluarga dan teman terdekat berilah perhatian dan kasih sayang kepada mereka yang mengalami penyakit ini. Jangan sisihkan mereka. . Kalau ada yang sudi share kisah dan pengalaman bagi penghidap penyakit ini, marilah kongsi. Semoga semua dapat manfaat kisah kalian. . #AydaJebat #Cindai #CindaiReihana #BetterThanYou #JSPictures #BipolarDisorder #KuIdamkanBahagiaKuPendamkanDuka

Advertisement

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Cindai nak rasa ayah masak..

Mujurlah dia berjaya diselamatkan dan lama-kelamaan menyedari bahawa masih terdapat beberapa lagi individu yang mengambil berat seperti keluarga angkatnya. Di samping memulihkan hubungan dengan suami dan Salmah, Cindai juga tanpa disangka-sangka telah memaafkan Rudy meskipun dia dikatakan punca tragedi pemergian kedua-dua ibu bapa kandungnya.

Advertisement

Advertisement

Hanif dihalau dari rumah…Game over?

Dalam pada itu, niat jahat Hanif selama ini pula berjaya terbongkar apabila dia sewenang-wenangnya menjual aset milik Dato Seri Kalsom dan membolot keuntungan seorang diri. Meskipun telah dihalau dari rumah keluarga Iskandar, namun watak antagonis berkenaan dilihat sempat mengambil rantai emas milik Cindai sambil memberikan senyuman sinis di babak akhir drama berkenaan.

Terganggu pula tengok ending…tapi watak paling malang adalah mak Iskandar

Sebaik karya arahan Azman Hj Yahya (Jinggo) ini tamat, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadapnya. Walaupun segala konflik dalam hidup Cindai seakan-akan menemui happy ending, namun rata-rata netizen tetap meluahkan rasa kecewa dengan pengakhiran episod penutup drama ini. Selain mempersoalkan kewajarannya, ada juga yang berpendapat bahawa pihak produksi bakal meneruskan kesinambungan ‘Cindai’ pada masa akan datang.

 

Advertisement

 

Advertisement

Sumber: IG aydajebat & YouTube TV3MALAYSIA Official

Advertisement

Advertisement