Utama Gaya Hidup Viral Lelaki Jumpa 'Kembar' Masa Kenduri, Reaksinya Cuit Hati Netizen

[VIDEO] Viral Lelaki Jumpa ‘Kembar’ Masa Kenduri, Reaksinya Cuit Hati Netizen

Sebut pasal kenduri kahwin, tentunya moment yang paling best adalah apabila kita semua dapat berkumpul beramai-ramai menjamu juadah yang disediakan. Pada masa inilah kita dapat berjumpa dengan kenalan lama yang terpisah atau bergaul dengan tetamu lain. Lain pula ceritanya dengan satu acara kenduri kahwin ini kerana ia nampaknya telah mempertemukan dua ‘kembar’ yang seiras. Mungkin benarlah di dunia ini ada tujuh orang yang muka serupa, bukan? 

BACA: RM8K Untuk Makan, Khemah, Pelamin.. Bila Tiba Hari Majlis, Katerer Pula Lesap!

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun TheBadung. Dia telah merakam sebuah video yang memaparkan perjumpaan dua orang lelaki yang seiras di sebuah majlis kenduri kahwin. Hal itu telah mendatangkan kelucuan ramai orang.




Bila kau pergi kenduri kahwin terjumpa klon

Tidak pastilah sama ada mereka berdua ada pertalian keluarga atau tidak, tetapi kedua-dua mereka sekali pandang memang nampak serupa daripada segi warna pakaian, rambut dan bentuk muka. Malah, reaksi lelaki itu bila berjumpa dengan kembarnya telah menggamatkan lagi suasana.

Sporting & lawak

Bayangkan dalam kemeriahan suasana di majlis kenduri kahwin orang, terserempak pula dengan orang yang muka sama memang habislah kena ‘bahan’ dengan rakan-rakan. Namun, lelaki dalam video tersebut kelihatan begitu sporting menjadikan senario tersebut lebih lawak. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 41 ribu retweets dan 27 likes setakat ini. 




Baju pun hampir sama

Sumber: Twitter TheBadung & TheReporter




Artikel Popular