Utama Gaya Hidup 8 Jam Kebulur Tunggu Makanan Dalam Flight, Kisah Lelaki Ini Cuit Hati...

8 Jam Kebulur Tunggu Makanan Dalam Flight, Kisah Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Jauh berjalan, jauh pandangan. Begitulah bidalan yang sesuai menggambarkan pengalaman Syahril A. Kadir. Seorang yang gemar melancong dengan gaya sederhana, Syahril mempunyai hobi merasai makanan yang disediakan dalam setiap penerbangan yang dinaiki. Andai dikhabarkan makanan sesuatu penerbangan tidak sedap sekalipun, dia tetap akan mencubanya.  Dalam status Facebooknya, beliau berkongsi pengalamannya terbang ke Papua, Indonesia. Penerbangan kali ini adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakannya.

BACA: [Foto] Model Sejak Bayi, Umur 8 Tahun Jadi Kembar Tercantik Dunia. Ini Sebabnya

Nak Jimat Punya Pasal..

 

Menurutnya, sebelum menaiki kapal terbang, banyak kedai sudah tutup kerana sudah lewat malam. Namun tanpa disangka penerbangan telah dilewatkan selama tiga jam. Walaupun lapar, dia masih berdegil tidak mahu makan kerana ingin merasai makanan di dalam pesawat nanti.

Perut Dah Betul-Betul Berkeroncong…

 

Sekadar gambar hiasan

Tak Nampak Tanda-Tanda Pramugari Dalam Tu Tolak Troli Makanan

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Namun pergerakan pramugari yang mundar mandir, tidak menghidangkan makanan seperti kebiasaan pesawat lain membuatkan dia menjadi hairan.




Sekadar gambar hiasan

Setitik Air Pun Takde..

Bagaimanapun, tambah mengecewakan lagi kerana tiada setitik air pun dihidangkan sepanjang perjalanan.

Sekadar gambar hiasan

Terubatlah Sikit Derita Menanggung Kelaparan

Akhirnya, dia pun tiba ke destinasi yang dituju. Pemandangan yang indah Papua menyambut kedatangannya sedikit sebanyak mengubati perut yang berkeroncong.

Netizen di bahagian komen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap kisah penerbangan yang lucu daripada lelaki ini. 

Sumber: Syahril A. Kadir

 

 




Artikel Popular