Tidak dinafikan, kalau bab tarikh ini kebiasaannya majoriti wanita akan beranggapan ia sebagai satu perkara yang penting. Bukan sahaja boleh mengimbau pelbagai kenangan suka dan duka, malahan mereka juga berasa kecil hati jika insan kesayangan terlupa moment tersebut. Bagi yang sudah berkahwin pula, pasti banyak tarikh yang perlu diingati seperti anniversary, hari lahir partner mahupun anak. Demikianlah gambaran dikongsi oleh seorang wanita di TikTok.
BACA:Â Mula-Mula Teman Pergi Kursus Kahwin Je, Wanita Tak Sangka Berjodoh Dengan Kawan
Tanya pasal tarikh kahwin & nikah…tak pasal muka suami confuse, tersalah jawab pula tu
Dalam sebuah video yang dikongsi, Juliana Ahmad sengaja menguji suaminya dengan bertanyakan tentang tarikh perkahwinan mereka. Namun apabila disoal pula berkenaan tarikh pernikahan, tidak semena-mena reaksi wajah lelaki tersebut jadi keliru malah bertambah cuak selepas tersalah beri jawapan. Lucunya, ibu muda ini menarik muka apabila mendengar respons daripada suaminya itu.
@njulianaahmad Lelaki memang jenis tak ingat ka? Jenis lupa ka gena? 😤
Ada yang jarang nak ingat tarikh bagai ni, sebab bagi mereka cari nafkah tu lagi penting
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui bahawa ada sesetengah individu yang jarang mengambil kisah perkara berkaitan dengan tarikh. Selain itu, mereka juga ada yang mengambil inisiatif untuk mencatatkan tarikh penting dalam telefon bimbit. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok Juliana Ahmad