Utama Hiburan Scene 'Bengkak Susu' Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton

[VIDEO] Scene ‘Bengkak Susu’ Paling Lucu, Gandingan Amar-Amyra Dipuji Penonton

Mula ditayangkan pada 29 Oktober lalu di saluran Astro Ria, drama berjudul ‘Cemburu Seorang Wanita’ kini semakin menjadi tumpuan peminat. Menariknya, karya arahan Eyra Rahman ini menggandingkan sepasang suami isteri popular iaitu Amar Baharin (Zikri) dan juga Amyra Rosli (Dhia) sebagai watak utamanya. Sebenarnya, drama berjumlah 20 episod ini merupakan kisah adaptasi daripada novel nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid. 

BACA : Sempena Birthday Ke-38, PU Azman Bagi Ucapan Win Pada Kembarnya Lee Dong Wook

Atas nama persahabatan, Dhia sanggup meminjamkan rahimnya untuk menghamilkan anak Zikri dan Emilia (Emma Maembong) menerusi kaedah ibu tumpang. Meskipun idea untuk bermadu tersebut dicadangkan oleh Emilia terlebih dahulu, namun lama-kelamaan cemburu mula menguasai dirinya apabila hubungan Dhia dan Zikri semakin akrab. Oleh sebab itu juga, wanita berkenaan mula meletakkan pelbagai syarat tidak masuk akal yang seolah-olah menyiksa jiwa suami serta madunya dalam perkahwinan baru tersebut.




T0long isteri kamu…Dia bengkak susu

Dalam pelbagai adegan yang begitu menyakitkan hati, babak sewaktu Dhia mengalami masalah bengkak susu pada episod semalam nampaknya sedikit sebanyak meredakan rasa marah penonton. Ketika itu, Zikri baru sahaja menjemput anak pertamanya pulang dari sekolah dan sempat singgah di rumah ibu mentuanya untuk menziarahi Dhia dan bayi baru.

 

Sekarang ni aku nak buat apa? Kau cakap

Suasana menjadi kekok apabila Puan Lea (Lisdawati) tiba-tiba menyuruh menantunya itu untuk membantu Dhia yang berada di dalam bilik. Meskipun pada awalnya dia tidak mengerti dengan keadaan bengkak susu tersebut, namun Zikri segera membantu untuk menuamkan kain hangat kepada bahagian badan isterinya yang sedang mengalami ketidakselesaan ketika itu.

Lawaklah suami isteri ni berlakon…Zikri terus tutup mata

Babak ini nampaknya berjaya menghiburkan penonton dan ada yang memuji keserasian Amar Baharin serta Amyra Rosli dalam menggalas watak masing-masing. Hakikat bahawa mereka berdua adalah suami isteri sebenar pastinya mempengaruhi emosi penonton ketika menyaksikan babak comel itu.

Sumber : Instagram Amyra Rosli dan aj cinta hati

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI