“Bakal Juara Gegar Vaganza 2019”. Demikianlah kata-kata yang sering meniti keluar daripada mulut netizen selepas menyaksikan persembahan Naqiu Boboy meskipun baru beberapa minggu rancangan realiti tersebut bersiaran. Pernah membawa lagu ‘Episod Cinta’ dan juga ‘Meraung’ pada minggu sebelum ini, semalam dia tampil dengan konsep yang lebih cheerful menerusi lagu Khai Bahar berjudul ‘#123’.
BACA : [VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai
Masa Naqiu nyanyi, perempuan menjerit
Jika sebelum ini Naqiu sangat dikenali dengan pembawaan lagu yang ‘jiwang’, siapa menyangka pemilihan lagu rancak Khai Bahar itu juga berjaya disampaikan dengan baik. Bukan sahaja menyanyi dengan stail vokal tersendiri, malahan selitan tarian serta ‘drama’ santai bersama penari latar seolah-olah menghidupkan persembahannya pada malam tersebut.
Semua lagu hang buat macam ‘Nasi Ayam’ eh?
Beralih kepada komen juri pertama iaitu Datuk Ramli MS, beliau nampaknya agak tergamam dengan persembahan tersebut dan memuji kemampuan Naqiu dalam membawa pelbagai genre lagu. Kata Datuk Rizalman selaku juri jemputan pula, beliau berpendapat penyanyi berkenaan menggunakan segala ‘deria’ dan bahasa tubuh dengan baik sehingga berjaya memberikan persembahan sedemikian rupa.
Malam ini Bonda begitu gembira…
Sedar bahawa Naqiu sering memuaskan hati ramai pada setiap minggu, Bonda Hetty Koes Endang sempat berpesan agar dia tidak terlalu selesa dengan kedudukan berkenaan. Nampaknya, tuah sekali lagi menyebelahi Naqiu kerana dia berjaya mengekalkan kedudukan pertama yang sudah diraih sejak konsert minggu lalu.
Tapau habis Naqiu malam ni
Dengan tema ‘Ha Tepok’, dia akan bergandingan pula bersama Juara Gegar Vaganza Musim 2 iaitu Siti Nordiana dengan lagu ‘Gurauan Berkasih’ pada konsert akan datang. Bukan sahaja juri, malahan dapat dilihat ramai yang memberikan sorakan gemuruh serta pujian melambung selepas menyaksikan persembahan mantapnya.
Sumber : Instagram Wisper Gaming