Hiburan

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!
Rasaflix

Sharing is caring!

Selesai sahaja konsert pertama Gegar Vaganza 2019 semalam, begitu ramai peminat yang teruja kerana dapat melihat kembali idola-idola mereka beraksi di pentas nyanyian. Naqiu daripada kumpulan Boboy yang pernah menjadi kegilaan suatu ketika dahulu nampaknya sudah mempunyai kelompok peminat bernama ‘Naqiurious’. Meskipun berjaya membuat sebuah persembahan memukau, namun imej yang dikenakan olehnya pula menerima kritikan ramai.

BACA : [VIDEO] Baru Minggu 1 Dah Pukau Juri, Ramai Harap Naqiu Boboy Juara GV 2019!

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

Saya potong rambut pendek bukan sebab Gegar Vaganza

Menerusi temu bual bersama wartawan F8Buzz, dia tenang menjawab kritikan tersebut. Jelas penyanyi berumur 33 tahun ini, dia membuat perubahan tersebut kerana katanya sudah bosan dengan penampilan lama. Mungkin style rambut tersebut kelihatan agak kurang sesuai dengan dirinya, namun Naqiu menyifatkan perubahan tersebut sebagai sebuah proses eksperimentasi dan para stylist tidak seharusnya dipersalahkan.


[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

Kalau orang kritik, kita cuba ubah benda tu

Lebih menarik lagi, artis ini nampaknya bersikap sangat terbuka dalam meraikan pendapat memandangkan begitu banyak yang perlu diperbaiki setelah dia masuk semula ke dalam industri hiburan Malaysia. Baginya sendiri, segala komen tidak kira berbentuk positif mahupun tidak adalah amat penting untuk diambil kira demi penambahbaikan di masa akan datang.

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

Inilah cara orang lama bercakap…Takde nak melenting

Ditanyakan tentang pendedahan bahawa kini dia sudah memiliki 5 orang anak, pelantun lagu ‘Episod Cinta’ ini tidak takut dengan dakwaan bahawa peminatnya akan hilang. Dek kerana masih ramai penyokong setianya muncul semula selepas konsert semalam, dia begitu berterima kasih dan sangat menghargai moment tersebut. Reaksinya yang tidak melenting ketika berhadapan kritikan juga disedari netizen di ruang komen sekaligus meraih pujian melambung.


[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai! [VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

Sumber : Youtube F8Buzz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai!

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes