Keibubapaan

5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

Sharing is caring!

Anak merupakan anugerah tidak ternilai yang diberikan kepada suami isteri dalam rumah tangga mereka. Tidak sekadar menjadi penyeri alam perkahwinan, malahan anaklah yang akan menjadi peneman tatkala kita menempuh hidup ke hujung nyawa nanti. Namun, tidak semua orang diberikan peluang merasai pengalaman tersebut dalam masa yang cepat. Ada yang perlu menunggu bertahun lamanya sebelum merasai saat bahagia tersebut.

BACA : Jangan Doa Nak Dapat Suami Baik Sahaja, Doa Juga Dapat Mentua Baik Macam Ni


Saat yang menakjubkan…5 tahun penantian

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan sepasang suami isteri ini. Selepas tabah menunggu zuriat selama 5 tahun sejak mendirikan rumah tangga, akhirnya si isteri disahkan mengandung. Detik sebak berkenaan ada dikongsikan menerusi Instagram seorang pakar perubatan dalam bidang obstetric dan gynaecology iaitu Doktor Thoka Muhammad.

Tahniah…Jaga diri awak baik-baik

Sudah dikongsikan sejak beberapa hari lalu, video berkenaan sudah pun meraih puluhan ribu tontonan daripada netizen. Jika dilihat, suami isteri tersebut begitu memberikan perhatian kepada Doktor Thoka yang sedang memberikan penjelasan tentang alat ujian kehamilan. Apabila diserahkan dan wanita itu melihat keputusan alat berkenaan, dia nampaknya gagal menahan rasa gembira seterusnya mengalirkan air mata.


5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

Saya pun belum ada zuriat…Tumpang gembira

Di hujung rakaman sebak ini, doktor berkenaan juga sempat berpesan agar wanita itu menjaga kesihatan supaya kandungannya baik-baik sahaja. Menjengah ke ruangan komen, netizen nampaknya turut terharu dan gagal menahan sebak mereka. Bukan sahaja mendoakan kesejahteraan suami isteri dalam video tersebut malahan berharap suatu hari nanti mereka dapat merasai rezeki sedemikian rupa.

5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

Sumber : Instagram Dr Thoka


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

5 Tahun Kahwin Tapi Tiada Anak, Terus Nangis Lepas Doktor Tunjuk Pregnant Test

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram