Utama Viral Setahun Berlalu, Kembar Instafamous Dedah Kisah Di Sebalik SPM '7G'!

[VIDEO] Setahun Berlalu, Kembar Instafamous Dedah Kisah Di Sebalik SPM ‘7G’!

Jika anda masih ingat lagi, pada tahun lalu viral paparan keputusan peperiksaan gagal sepasang kembar instafamous iaitu Ieka Tajudin dan Iera Tajudin kerana mendapat ‘7G’. Namun, akhirnya mereka membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman hebat daripada para netizen gara-gara menyalahkan guru-guru di sekolahnya sebagai punca kegagalan tersebut.

BACA : [VIDEO] Tak Nak Makan Nasi Sampai Ada ‘Drama’, Anak Jihan Buat Ramai Berdekah!

Result viral 7G punca gaduh dengan kawan (Minit ke 6:55)

Selepas setahun isu itu berlalu, Ieka dan Iera bertindak menceritakan tentang perkara sebenar di sebalik apa yang berlaku di sebalik penularan keputusan peperiksaan tersebut menerusi laman YouTube rasmi mereka.

Salah faham dengan rakan sampai bergaduh

Menurut mereka, keputusan peperiksaan tersebut menjadi viral berpunca daripada salah faham antara rakan sekali gus mencetuskan pergaduhan kerana tidak berpuas hati.




Diorang tukar kami punya nombor giliran sebelum presentation dan kebetulan pula kami tidak datang sekolah pada masa itu. Kemudian ada orang mesej bagi tahu kawan tu tukar nombor. Disebabkan masih muda, Ieka dengan Iera nak bergaduh juga. Pergi sekolah nak cari diorang.

Cikgu tak menangkan siapa-siapa

Tindakan yang dilakukan oleh rakan tersebut turut membuatkan mereka tak puas hati dan tercabar. Walaupun Ieka dan Iera sudah bercakap sebaik mungkin, namun rakan mereka itu tidak dapat menerimanya dan tercetus pergaduhan sehingga sampai ke pengetahuan guru.

Tapi cikgu pun tak nak menangkan siapa-siapa sebab kita ni anak murid dia. Kami rasa sedih dan mula tak datang sekolah kerana down sangat. Kami tak pernah happy pergi sekolah.

Buat IG live, tak sangka ada orang rakam

Satu hari selepas Ieka menghantar kerja kursus di sekolah, dia terus membuat satu sesi IG live. Ketika itulah dia mula bercakap buruk tentang sekolahnya.

Masa tu Ieka budak-budak lagi. Main cakap saja masa tu. Tapi tak sangka ada orang rakam Ieka. Dan orang yang rakam tu, kita dapat tahu satu kelas dengan kita juga. Rapat sangat.

Pelik orang kecam 7G kat komen IG

Jelasnya lagi, dalam masa yang sama rakannya itu memberikan nombor kad pengenalan pada pelajar kelas lain. Pada mulanya Ieka dan Iera baik-baik saja, namun semakin lama mereka berasa pelik apabila orang mengaitkannya dengan ‘7G’.




Orang ramai kecam kat komen IG. Kami rasa pelik kerana tidak tahu apa-apa. Makin lama kami dapat tangkap rupanya kawan kelas sendiri yang tularkan keputusan pertengahan tahun kami. Bukan SPM.

Rakan sebar nombor IC

Menurut Ieka dan Iera, mereka sebenarnya tidak menjawab peperiksaan tersebut kerana berasa sangat tertekan dengan layanan daripada rakan-rakan sekolah.

Orang makin lama terus menghentam. Nak balas tak boleh sebab memang salah kami sebab mengecam sekolah tersebut. Tapi perlu ke sebarkan IC kami sebab itu adalah satu privasi. Kami terkilan sebab orang yang sebarkan tu sangat rapat dengan kami.

Meskipun begitu, mereka juga telah pergi ke sekolah untuk meminta maaf kepada semua guru. Malah perselisihan faham antara mereka dan rakan itu juga sudah selesai dan kembali berbaik.

Sumber : YouTube Ieka & Iera Cosmetic TV




Artikel Popular