Utama Viral Padah Tak Ikut 'Trend' Terkini, Pemuda Tersipu Kena Prank Joget Tik...

[VIDEO] Padah Tak Ikut ‘Trend’ Terkini, Pemuda Tersipu Kena Prank Joget Tik Tok

Sejak tahun 2017 lagi, penggunaan aplikasi Tik Tok semakin menjadi kegilaan tidak kira di kalangan netizen dalam ataupun luar negara. Berbekalkan sebuah telefon pintar, sesiapa sahaja boleh membuat video rakaman diri sendiri beraksi sambil diiringi lagu. Terkini di Malaysia pula, muncul sebuah trend baru iaitu prank rakaman video menggunakan kamera hadapan tanpa disedari si tukang pemegang telefon bimbit. Sekumpulan pelajar lelaki nampaknya menjadi viral di Twitter setelah berjaya mengusik seorang rakan mereka dengan cara sama.

BACA : ““Kerja Asyik Nak Mengadu Je…”-Prank Ngidam Telan Sabun, Elfira Cuit Hati Ramai

Padah bila tak update isu semasa…

Dikongsikan sejak beberapa hari lalu, video berdurasi 23 saat ini hampir meraih 15,000 jumlah retweet dan sudah mendapat 277,000 tontonan daripada netizen. Sekumpulan pelajar lelaki dilihat meminta seorang rakan lain untuk memegang telefon bimbit sebelum mereka mula menari dengan lagu ‘Salah Apa Aku’ sebagai muzik latar.

Comelnya dengan baju senget kau!

Kegirangan mereka menari secara beramai-ramai nampaknya seolah-olah mengaburkan mata si perakam yang berbaju hijau tersebut. Turut merasa lucu dengan gelagat rakannya, pemuda ini sempat juga tersengih padahal sebenarnya dia sedang merakam dirinya sendiri pada ketika itu. Sedar bahawa prank mereka sudah berjaya dibuat, semua pelajar ini terus ketawa besar apalagi melihat hasil video yang cukup melucukan sekali!

Korang jahat wey! Kumat-kamit dia senyum

Selepas meraih ratusan ribu jumlah tontonan, kebanyakan netizen nampaknya terhibur dengan gelagat sekumpulan sahabat ini. Menyaksikan wajah innocent yang ditunjukkan oleh si baju hijau ini, ada yang merasa kasihan kerana dia tidak sedar sudah ‘termakan’ dengan usikan rakan-rakannya.




Sumber : Twitter Daniesh

Artikel Popular