Utama Artis "Sebak Dengar.." - Harmoni Alif Satar & Raihan Detik Rasa Keinsafan

[VIDEO] “Sebak Dengar..” – Harmoni Alif Satar & Raihan Detik Rasa Keinsafan

Meminati kumpulan Raihan sejak berumur 7 tahun lagi, penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar tidak menyangka bahawa dia akhirnya berpeluang untuk duet bersama nama besar kumpulan nasyid di Malaysia itu. Menurut Alif menerusi satu portal akhbar sebelum ini, semuanya bermula apabila dia membuat pelawaan spontan kepada mereka ketika pertama kali membuat persembahan duet dengan Raihan dalam rancangan Bintang Minggu Ini pada sekitar Februari lalu.

BACA: Keakraban Hairul Dengan Bapa & Anak Bikin Sebak, Tapi Foto Last Jadi Perhatian!

Selepas pelawaan itu disambut baik oleh kesemua anggota kumpulan tersebut iaitu Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim, sedutan rakaman latihan mereka menyanyikan lagu ‘Sesungguhnya’ pula menjadi viral di laman sosial tidak lama selepas rancangan itu tamat.

Kerjasama antara mereka juga disambut baik oleh pihak syarikat rakaman untuk meneruskan projek ‘Sesungguhnya ‘19’ yang menemui peminat pada hari ini.




Antara sedutan lagu Sesungguhnya’19 – Raihan & Alif Satar




Ternyata gabungan harmoni suara antara mereka sangat merdu dan mendapat banyak reaksi positif dalam kalangan netizen yang telah mendengarkannya.

Thanks Alif…dapat ubat rindu lagu2 alunan Raihan




Sedapnya suara semua…kalau ada Ustaz Nazri lagi mantap ni




Boleh menangis tau bila feel betul2…tahniah Alif & Raihan!




Alif ni bagi apa pun semua dia tapau…sebak dengar




Sumber: BH Online, IG raihaninternational, alifsatar & Twitter dxnial26

Artikel Popular