Utama Cinta & Perhubungan "Kahwin Cepat Sis" - Sedondon Bersama, Joy Revfa Ada Hubungan Dengan Da'i...

“Kahwin Cepat Sis” – Sedondon Bersama, Joy Revfa Ada Hubungan Dengan Da’i Syed?

Bagi yang mengikuti usahawan wanita ini, pasti tahu tentang perkahwinan keduanya bersama penyanyi Hafiz Hamidun yang telah berakhir sejak 2017 lalu. Walaupun Joy Revfa telah memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal sejak daripada itu, namun dia tampak selesa dengan status solo tersebut. Namun menerusi perkongsian di IG miliknya pada beberapa hari lalu, dia ada memuat naik swafoto bersama bekas peserta program Da’i iaitu Syed Iqmal.

BACA: “Yang Penting Dah Halal” – PU Abu Tutup Mulut Netizen, Akui Bernikah Di Siam?

Foto itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengikutnya.




Wah…sedondon nampak

Sesuai sangat la Joy…kahwin cepat sis




Bagaimanapun ada juga yang mempersoal tindakannya itu kerana mereka lebih suka dengan jejaka bernama Faiz yang pernah dikaitkan dengan Joy pada tahun lepas.

Dah tukar orang pulak ke? Yang haritu mana?




Mana abang harum manis…Joy dengan Faiz lagi tak?




Bagaimanapun, desas-desus itu telah pun terjawab apabila Da’i Syed memperjelas tentang hubungan mereka menerusi sebuah laporan portal hiburan baru-baru ini.

Tak bercinta pun…saya dah anggap Joy macam kakak sendiri







Joy selalu minta nasihat & saya sering berpesan agar kembali bangkit

Tapi dia turut memberitahu yang dia lebih selesa mencari p4sangan hidup yang sebaya dengannya yang baru berusia 24 tahun.




Sumber: IG joyrevfa & mStar




Artikel Popular