Zaman kini, sebenarnya dah tidak pelik lagi jika mendengar segelintir masyarakat kita pandai bertutur dalam Bahasa Korea. Maklum sajalah, pengaruh K-drama dan K-pop telah menjadi fenomena besar di negara kita. Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memaparkan gelagat seorang wanita yang sedang ligat belajar Bahasa Melayu.
BACA : [VIDEO] Semua Huruf Betul Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya
Comel je merengek lapar kat suami…
Menerusi potongan video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @MijaArep, dia sangat terhibur menyaksikan gelagat mualaf berkenaan yang ‘try hard‘ untuk mengadu lapar kepada suaminya dalam Bahasa Melayu. Namun gara-gara perkataan yang disebut itu kedengaran agak kasar, maka dia terus ditegur oleh lelaki berkenaan setiap kali mengucapkannya.
When korean say “lapar nak mampus” 😂 pic.twitter.com/p67WwOtb5t
— Mija (@MIJAAREP) April 25, 2020
Mendirikan rumah tangga dengan lelaki tempatan..
Wanita berkenaan sebenarnya adalah You Narea atau Maryam yang pernah menjadi perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga bersama seorang warga tempatan Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim sekitar Ogos lalu. Di samping menggunakan Bahasa Inggeris untuk komunikasi urusan seharian, kedua-dua mereka juga ternyata petah bercakap dan mempelajari bahasa ibunda partner masing-masing.
Kelakar wei, dia sebut lapar jadi ‘laperre‘..
Sehingga kini, posting tular tersebut telah meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata mengakui terhibur dengan ragam mereka. Malah tidak kurang juga yang memuji kesungguhan wanita berkenaan cuba berbahasa Melayu meskipun tidak lancar.
Sumber : Twitter MIJAAREP, Berita Harian