Viral

“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Sharing is caring!

Seakan-akan belum menemui titik pengakhiran isu berkenaan kerja amal yang dilakukan oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew apabila muncul beberapa pihak kurang senang dengan tindakan tersebut. Malah antara nama yang dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq yang didakwa memuat naik status di Facebook dengan mempertikaikan cara figura ini menyampaikan sumbangan.

BACA :¬†“Memang Ada Hasad Dalam Kalangan Ustaz” -Rakan Dakwah Tampil Pertahan Ebit Lew

Ustaz Abu tampil perjelaskan hal sebenar..

Terpanggil berhubung kontroversi yang melanda, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temu bual telefon dibuat bersama bekas wartawan TV3 iaitu Ryzal Ibrahim tampil menjelaskan hal sebenar. Menurut beliau, status mengenai teguran dalam menjaga aib orang miskin  sebelum ini tidaklah dituju khusus kepada pendakwah terbabit.


“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Status tersebut tak ada kaitan dengan Ustaz Ebit Lew

Sebaliknya, semuanya disifatkan sebagai salah faham apabila secara tidak sengaja kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Malahan orang ramai mula membuat spekulasi bahawa status itu dimuat naik untuk mengkritik pendakwah berkenaan.

Kenyataan saya sebelum ini, sebenarnya tak ada kaitan pun dengan Ebit Lew. Saya tak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia.


“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Tak akan buat permohonan maaf..

Namun apabila isu tersebut menjadi tular, beliau kemudiannya menggunakan kesempatan itu dengan membincangkan pendekatan atau cara digunakan oleh Ustaz Ebit Lew itu ketika mendekati golongan tidak berkemampuan. Apabila ditanya mengenai permohonan maaf, beliau pula menyatakan ia bukanlah keperluan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan.

Saya tidak akan buat permohonan maaf sebab saya tak buat apa-apa salah.


“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Sumber : Facebook Ryzal Ibrahim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Takkan Minta Maaf”-Wartawan Dedah Rakaman Ustaz Abu Jawab Tentang Isu Ebit Lew

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram