Keibubapaan Viral

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui umum, Al-Quran merupakan petunjuk dan panduan untuk umat Islam menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ibarat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, setiap anak kecil perlu diberi pendidikan agama selari asas akademik. Malah kebanyakan ibu bapa dan guru pada masa kini menggunakan buku Iqra’ sebagai permulaan untuk mendedahkan anak-anak dengan karakter dan makhraj (cara sebutan) bagi setiap huruf dalam Al-Quran.

BACA: [VIDEO] Muka Tak Bersalah, Gelagat Budak Dengki Dengan Sepupu Ini Lawak Habis

Perempuan memang selalu betul…tak boleh disangkal lagi

Walaupun kedengaran agak mudah, namun cabaran tetap menanti kerana si cilik mempunyai ragam tersendiri. Baru-baru ini, sebuah video yang menampilkan kanak-kanak perempuan mengulang kaji bersama ibunya telah menjadi tular. Mana tidaknya, setiap huruf yang terpapar dalam buku tersebut tidak dinyatakan oleh si cilik bernama Hana ini. Sebaliknya, dia cuma menjawab ‘betul’ saja.


Ummi ni tak tahu ke? Cikgu cakap betul..

Apabila ditanyakan sebabnya, kanak-kanak comel ini menyatakan bahawa gurunya di sekolah sering memberi jawapan sedemikian. Dalam pada itu, Puan Nik Syaidatul pula akhirnya terpaksa menuruti kehendak berkenaan memandangkan Hana akan merajuk setiap kali sebutan huruf dipersoalkan olehnya.

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

Pening ibu nak melayan…yang salah pun jadi betul

Secara keseluruhannya, video berdurasi 1 minit 32 saat itu telah meraih lebih 7 ribu perkongsian di laman Facebook. Selain ‘bersimpati’ dengan nasib yang terpaksa dilalui ibunya, rata-rata netizen juga terhibur selepas menyaksikan telatah si manja ini. Di samping itu, mereka juga berharap agar Hana dapat memperbetulkan kesalahan ini supaya tidak berlarutan lebih lama.

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya


[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

Sumber: FB Nik Syaidatul Kassim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Semua Huruf ‘Betul’, Ragam Lucu Si Cilik Mengaji Uji Kesabaran Ibunya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram