Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar

14th November 2019
in Hiburan
Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tuah membawakan lagu berjudul ‘Di Ambang Wati’ pada konsert kelima Gegar Vaganza 2019 Ahad lalu, percubaan Naqiu nampaknya berhasil apabila dia menerima pujian daripada barisan juri. Dengan lagu rock kapak itu, vokalis kumpulan Boboy ini berjaya mengungguli semula tempat pertama dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 80% dalam rancangan realiti berkenaan. Nampaknya, dia benar-benar bangkit setelah tersungkur pada minggu sebelumnya.

BACA : [VIDEO] Kembali Bergegar Dengan Lagu Awie, Naqiu Dapat Standing Ovation Juri

“Malam ini, Bunda terhibur dan puas…”

Mengimbau semula komen yang pernah diberikan oleh Bonda Hetty sebelum, dia menyifatkan penyanyi berusia 33 tahun itu sangat bijak dalam menerima kritikan sebagai penambahbaikan dalam persembahannya.

https://www.youtube.com/watch?v=MKR6nulEUzs

Sesi latihan Naqiu untuk konsert minggu kelima

Menjengah ke laman Youtube MindOrder Management pula, mereka ada memuat naik sebuah rakaman sesi raptai Naqiu ketika menyanyikan lagu milik kumpulan Wings berkenaan. Seperti yang sudah diketahui ramai, proses berkenaan adalah fasa paling penting untuk memastikan arrangement audio dan visual pentas sama seperti persembahan di konsert sebenar. Walaupun hanya sesi latihan, namun kebanyakan netizen yang menyaksikan video ini seolah-olah menyedari sesuatu apabila Naqiu membuka mulutnya.

Rehearsal pun best macam ni? Lagi power daripada live

Jika diteliti, audionya lebih kedengaran sama rata berbanding dengan konsert live di mana ada bahagian yang tiba-tiba menjadi perlahan. Meskipun persembahan sebenar yang berlangsung Ahad lalu cukup memukau sekali, namun netizen menyifatkan nyanyian di sesi latihan ini lebih mantap. Bunyi latar gitar serta tarikan bahagian korus yang padu berkemungkinan membuatkan versi latihan ini berjaya menambat hati mereka.

Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar

Sumber : Youtube MindOrder Management dan Whisper Gaming

Tags: awiedi ambang watigegar vaganza 2019naqiu
Next Post
Video Rehearsal Naqiu Dipuji Padu, Ramai Akui Lagi Sedap Dari Konsert Sebenar

Hanis Zalikha Kongsi Foto Masa Baby Dengan Anak – “Mama Kata Alisa Lagi Cantik”

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)