Hanis Zalikha Kongsi Foto Masa Baby Dengan Anak – “Mama Kata Alisa Lagi Cantik”

Lumrah bergelar anak kepada selebriti popular, sudah tentu apa saja yang dikongsikan menerusi media sosial akan mencuri perhatian ramai. Itulah juga yang dirasai oleh Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah tatkala ibu bapa mereka begitu rajin berkongsikan aktiviti harian mereka kepada jutaan pengikut. Menjengah ke laman Instagram Hanis Zalikha baru-baru ini, artis tersebut dilihat telah memuat naik gambarnya sewaktu kecil dahulu bersama foto Alisa.

BACA : Hanis Throwback Status Lama Hairul Di FB ‘Try Hard’ Nak Ngurat Bukan Main Lagi

Orang selalu letak gambar sebelah-sebelah sebab sama tapi..

Advertisement

Menurut kapsyen posting tersebut, dia berbuat demikian kerana ramai juga yang gemar meletakkan foto bersama anak sewaktu kecil secara bersebelahan kerana mereka merasakan terdapat persamaan wajah. Namun begitu, lain pula yang berlaku kepada Hanis Zalikha kerana wajahnya itu ternyata sangat berbeza dengan bayi perempuan berusia 6 bulan tersebut.

Advertisement

Mama kata Alisa lagi cantik

Dalam pada itu, ibu Hanis  yang bernama Nani Rostam juga mengakui akan perbezaan berkenaan. Malahan, dia turut mengatakan bahawa cucunya itu mempunyai wajah yang lebih cantik berbanding dengan anak perempuan semasa bayi dahulu. Biarpun begitu, isteri kepada aktor Hairul Azreen ini tetap menyayangi anaknya sepenuh hati.

Advertisement

Semua baby comel tapi maaflah sis setuju dengan your mum

Ternyata, perkongsian foto itu telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai sehingga membanjiri ruang komen berkenaan termasuklah kelibat rakan baiknya, Diana Danielle. Secara keseluruhan, rata-rata netizen nampaknya bersetuju bahawa kebanyakan anak perempuan mempunyai wajah yang lebih seiras dengan bapa.

Advertisement

Advertisement

Sumber : IG Hanis Zalikha

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement