Utama Hiburan Kembali 'Bergegar' Dengan Lagu Awie, Naqiu Dapat Standing Ovation Juri

[VIDEO] Kembali ‘Bergegar’ Dengan Lagu Awie, Naqiu Dapat Standing Ovation Juri

Membawakan lagu Allahyarham Achik Spin pada konsert ke-4 yang lalu, siapa menyangka persembahan Naqiu jatuh merundum kerana dirinya gagal menahan sebak sehingga tenggelam dalam perasaannya sendiri. Ketika itu, para juri juga seakan terkejut kerana prestasinya begitu terganggu jika hendak dibandingkan dengan persembahan minggu sebelumnya. Sedar dengan penyampaian yang kurang menyengat ketika itu, penyanyi ini nekad berjanji untuk ‘kembali’ pada konsert seterusnya.

BACA : [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Dia buat bagus-bagus mestilah nak duduk Top 3

Tatkala melihat konsert pada minggu 5 semalam, nampaknya Naqiu benar-benar menunaikan janji apabila dia berjaya membuat persembahan yang cukup hebat. Menyanyikan lagu rock kapak milik kumpulan Wings berjudul ‘Di Ambang Wati’, figura 5 anak ini menyampaikan lagu tersebut dengan kekuatannya sendiri. Tambahan pula, busana, make-up serta ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh Naqiu pada malam berkenaan kelihatan sangat strong sehingga mampu membangkitkan aura lagu tersebut.

Advertisement




Apa yang Bonda komen, bukan bermakna tak suka

Tamat saja persembahan bertenaga itu, semua penonton mula bersorak dengan gamat tambah-tambah apabila melihat Bonda Hetty Koes Endang turut memberikan standing ovation. Bagi juri yang berasal dari Indonesia itu, dia berpendapat Naqiu sudah ‘kembali’ menyengat dan sempat memuji caranya mengambil segala kritikan sebagai penambahbaikan dalam teknik persembahan. “Terhibur dan puas”. Itulah komen yang cukup menggambarkan kegembiraan Bonda terhadap persembahan Naqiu pada minggu ini.

Bawa lagu dengan stail sendiri…Tak terikut dengan penyanyi asal

Beralih pula kepada juri jemputan iaitu Datuk Yusuf Haslam, beliau terus terimbau kepada salah sebuah filem lama arahannya berjudul ‘Sembilu’ suatu ketika dahulu memandangkan vokalis sebenar lagu ‘Di Ambang Wati’ ini turut berlakon dalam karya berkenaan. Meskipun pada awalnya agak meragui kemampuan Naqiu dalam membawa lagu tersebut, tetapi beliau terus berubah fikiran dan mengucapkan syabas atas nyanyian hebat itu.

Kalau Awie nampak, mesti dia pun puas hati

Tidak ketinggalan, pihak peminat juga sangat terharu kerana Naqiu bangkit daripada kejatuhan konsert lalu. Semakin menghampiri minggu-minggu kemuncak, mereka menyifatkan bayangan juara sudah terlihat terhadap penyanyi berkenaan.

Advertisement




 

Sumber : Youtube Whisper Gaming

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement