Viral

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak beberapa hari lalu, tular keratan akhbar yang mempertikaikan tugas seorang guru tatkala selepas habis waktu persekolahan. Sukar dipercaya, namun ada pula pihak yang berpendapat bahawa tenaga pengajar harus memantau pergerakan pelajar kerana khuatir kepada risiko penularan COVID-19. Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang bergelar sebagai pendidik.


BACA: Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Tiada guru yang memantau pelajar di luar sekolah

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

Di mana guru selepas waktu sekolah? Hari-hari ada je isu yang sama

Seakan-akan tidak bersetuju dengan stigma yang cuba dilemparkan, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Wan Fahmi telah berkongsi buah fikirannya di aplikasi TikTok. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan peranan seseorang pendidik selalunya akan habis selepas tamat waktu persekolahan harian. Tambahan pula, mereka sendiri ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan setelah pulang dari tempat kerja. Beliau turut memerli sikap penjaga yang seolah-olah lepas tangan dan hanya mengharapkan pihak sekolah semata-mata untuk menjaga anak mereka.

@cikgujamie

#teachers #malaysia #fyp

♬ original sound – CikguJamie – CikguJamie

Sepatutnya ibu bapa yang kena ambil tahu pasal anak-anak…cikgu pun ada keluarga sendiri

Bukan sahaja bersetuju dengan pandangan guru berkenaan, malahan rata-rata netizen turut terhibur melihat lawak tersebut disampaikan dalam loghat Kelantan. Selain itu, mereka juga bersetuju bahawa ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting selepas anak-anak pulang dari sekolah. Secara keseluruhan, video itu telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

Sumber: Instagram jamiejays, TikTok cikgujamie

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Peranan Guru Dipertikai, Cikgu Handsome Membebel Dalam Loghat Kelantan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram