Gaya Hidup Viral

Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel
Rasaflix

Sharing is caring!

Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai rutin harian sibuk sebelum ini, menetap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti sering dilanda kebosanan. Walau bagaimanapun, situasi ini juga telah menyebabkan ramai pihak mula berhibur menerusi beberapa ‘viral challenge‘ di laman sosial.

BACA:ย [VIDEO] Cabar Kawan Untuk Hubungi Crush, Tak Sangka Orangnya Depan Mata Sendiri

Marah partner khayalan dalam loghat…artis pun join sama

Baru-baru ini trending di laman Twitter tentang reaksi marah dalam loghat negeri masing-masing terhadap ‘teman khayalan’ yang kononnya sering menganggu mereka. Cabaran yang mendapat jolokan sebagai ‘Babe Stop Challenge‘ itu turut menarik perhatian artis seperti Zulin Aziz untuk turut menyertainya.

Wakil Jawa paling curi perhatian…siap sarung belangkon

Namun dalam beratus paparan video tema cabaran tersebut, pemuda bernama Amir ini paling mencuri perhatian apabila berdialog dalam bahasa Jawa. Selain nada dialek yang digunakan cukup ‘pekat’, lelaki dari daerah Bagan Datuk itu malah siap menyarung aksesori terkenal komuniti berikut iaitu belangkon. Dia juga berkongsi semula maksud ayat yang disampaikan dalam Bahasa Melayu bagi mereka yang tidak memahami.


Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Akhirnya ada juga version Jawa…berguling tengok

Siapa sangka paparan yang berdurasi 29 saat itu telah meraih 20 ribu retweets setakat ini. Walaupun ramai generasi muda mengakui tidak begitu memahami bahasa tersebut, namun rata-rata netizen mengakui terhibur melihat gelagat yang ditampilkan oleh pemuda ini.

Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel


Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Sumber: Twitter AmirImann, iamzulinaziz & NasehaLee


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penangan ‘Babe Stop Challenge’, Ramai Tak Tahan Bila Dengar Orang Jawa Membebel

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram