[VIDEO] Nyanyi Lagu Tok Ti Macam ‘Makanan’ Sendiri, Part Korus Naqiu Paling Wow

“Semua lagu dibuat seperti nasi ayam”. Itulah bait-bait komen yang pernah diberikan oleh juri apabila menyaksikan prestasi mingguan peserta Gegar Vaganza 2019 bernama Naqiu ini. Saban minggu, dia terus memberikan persembahan terbaik dan seringkali meraih pujian menggunung daripada para juri. Bahkan pada konsert minggu kelapan semalam, dendangan lagu balada berjudul ‘Percayalah’ milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah disampaikan oleh vokalis Boboy ini dengan memukau sekali.

BACA : Kamu Balik Buat Lagu-Tayang Bakat Goreng Bass, Naqiu Buat Ramai Terperanjat

Artis Cili Padi minggu ini mulik Naqiu

Advertisement

Berbanding dengan minggu lagu ketika mempersembahkan lagu ‘Rampas’, penampilan Naqiu semalam boleh disifatkan agak maskulin sesuai dengan irama yang sedang dialunkan. Walaupun tidak terlalu banyak pergerakan, namun nyanyian yang dilontarkan seolah-olah dihayati dengan sangat mendalam lebih-lebih lagi apabila dia ‘bermain’ dengan mic stand berkenaan.

View this post on Instagram

Advertisement

Artis Cili Padi Paling Power minggu ini jatuh pada @thisisnaqiu ! Tahniah! #Adabi #Digi #GV2019 #GegarVaganza

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Advertisement

Ini sebetulnya yang Bonda harapkan daripada semua peserta

Antara detik yang paling menarik perhatian adalah apabila tiba pada bahagian korus lagu berkenaan. Nampaknya, penyanyi yang segak dengan busana unggunya itu terus menonjolkan dirinya menerusi tarikan vokal bernada tinggi sehingga berjaya menerima standing ovation daripada juri tetap, Hetty Koes Endang.

Advertisement

Depan tu ada ‘cracken’…Saya tak suka

Bagi juri yang berasal dari Indonesia itu, dia sedaya upaya cuba mencari kesalahan daripada persembahan Naqiu pada konsert malam tersebut. Namun begitu, apa yang ditemui hanyalah nilai kesempurnaan apalagi begitu banyak kelunakan keluar daripada kotak suara penyanyi berusia 33 tahun itu. Bahkan apabila disaksikan semula di sepanjang persembahan, Bonda Hetty terus mengukir senyuman di wajahnya. Beralih kepada komen Datuk Ramli MS pula, dia sempat menegur tentang kekurangan yang wujud pada nyanyian Naqiu di bahagian awal.

Advertisement

Naqiu buat lagu tu macam ‘makanan’ dia

Advertisement

Namun secara keseluruhan, Naqiu berjaya merampas semula takhta kedudukan pertama yang dipegang Hardy Mirza. Bagi netizen pula, mereka sangat berpuas hati dan menyifatkan bakat nyanyian yang dimiliki Naqiu adalah kurniaan berharga daripada Tuhan. 

Sumber : Youtube Yie Shazwan dan Astro Gempak

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement