Viral Video Ikat Seluar Jadi Pelampung Elak Tenggelam, Netizen Risau Benda Lain

Selain takut kepada ketinggian, kegelapan ataupun haiwan, mungkin ada di antara kita mempunyai ‘aquaphobia’ iaitu ketakutan kepada air. Bagi yang mempunyai fobia berkenaan, rata-ratanya tidak berani untuk masuk ke kawasan air dalam atau lebih memilih untuk menjauhinya terus. Namun begitu, ilmu untuk mengelakkan diri daripada tenggelam ke dalam air juga perlu diketahui demi menghadapi malang yang boleh menimpa pada bila-bila masa sahaja.

BACA : Gigih Kumpul Duit Nak Mandi Water Park, Anak Tak Puas Hati Lepas Ditipu Ibu

Seluar boleh jadi pelampung

Advertisement

Baru-baru ini di Twitter, sebuah rakaman video dari Aqua Space Swimming & Diving Centre telah menjadi viral di mana mereka mendedahkan tentang sejenis teknik apungan menggunakan seluar yang dijadikan pelampung. Walaupun kedengaran agak mustahil, namun itulah perkara yang berjaya menarik perhatian netizen. Bahkan sejak dikongsikan semula oleh seorang pemuda dengan akaun @mszikr, ia sudah meraih hampir setengah juta tontonan.

Masukkan udara untuk kembangkan seluar

Advertisement

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan sempat menekankan tentang pemakaian seluar dalam atau pendek memandangkan seluar yang kita kenakan perlu ditanggalkan dalam teknik ini. Tatkala seluar sudah berjaya keluar daripada kaki secara keseluruhan, dia mula mengikat bahagian hujungnya sebelum menyarungkan ke leher seperti life jacket. Seterusnya, bahagian pinggang seluar akan dipegang sebelum dimasukkan sebanyak mungkin udara sehinggalah menjadi kembung.

Advertisement

Tak sempat buka seluar aku dah mengucap

Sepanjang proses itu juga, dapat kita saksikan lelaki berkenaan terus mengapungkan diri sebelum berjaya menghasilkan sebuah ‘pelampung’. Meskipun teknik berkenaan boleh menyelamatkan nyawa andai berada dalam situasi tidak terjangka, namun netizen pula berfikiran sebaliknya. Belum berjaya menghasilkan pelampung daripada seluar, mereka risau kerana mungkin sudah tenggelam terlebih dahulu.

Advertisement

Sumber : Twitter mszikr

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement