Hiburan

“Kamu Balik Buat Lagu”-Tayang Bakat ‘Goreng’ Bass, Naqiu Buat Ramai Terperanjat

“Kamu Balik Buat Lagu”-Tayang Bakat ‘Goreng’ Bass, Naqiu Buat Ramai Terperanjat

Sharing is caring!

Gegar Vaganza 2019 yang berlangsung dengan tema ‘Caras’ di konsert semalam nampaknya mengejutkan penonton apabila pihak produksi mengambil keputusan untuk menambah lagi 3 pusingan pada tayangan akan datang. Secara keseluruhan, Hadi Mirza terus mengekalkan kedudukan pertama daripada minggu lalu menerusi lagu ‘Jatuh Bangun’ diikuti dengan Naqiu Boboy yang mempersembahkan ‘Rampas’ milik Akim & The Majistret.

BACA :ย [VIDEO] Kembali Bergegar Dengan Lagu Awie, Naqiu Dapat Standing Ovation Juri

Persembahan bertenaga daripada Naqiu

Berbeza dengan persembahan pada minggu-minggu lalu, vokalis Boboy ini telah menggunakan bakat bermain bass yang dimilikinya sehingga mencetuskan sebuah kelainan di mata juri. Tuah menggunakan kelebihan sendiri, dia seolah-olah menyuntik satu mood baru terhadap lagu yang sememangnya sarat dengan emosi ini.


Kamu balik tulis lirik sendiri…Jangan bazirkan bakat

Tambahan pula, penggunaan busana berona hitam serta kewujudan beberapa penari latar terus memberikan aura luar biasa terhadap persembahan berkenaan. Bahkan sebelum nyanyian ditamatkan, penyanyi berusia 33 tahun ini sempat memberikan raungan padu sehingga mendapat tepukan gemuruh serta standing ovation daripada juri. ‘Susulan persembahan memukau itu, Tok Ram menyifatkan kelebihan yang ada pada Naqiu itu harus digunakan sebaiknya dan tidak terhenti setakat di Gegar Vaganza sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=akBP_vtEjbY

Kualiti muzik kamu sangat tinggi

Menurut Bonda Hetty pula, dia benar-benar terkesima sebelum memberikan pujian melambung kepada nyanyian lagu ‘Rampas’ itu. Tambah juri jemputan iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, beliau amat terperanjat dengan persembahan yang cukup bertenaga daripada penyanyi tersebut. Tidak sekadar memuji lontaran vokal, malahan ekspresi wajah serta bahasa tubuh yang ditonjolkan Naqiu menjadi kekuatannya pada konsert semalam.


Sumber : Youtube Whisper Gaming dan Instagram Naqiu


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Kamu Balik Buat Lagu”-Tayang Bakat ‘Goreng’ Bass, Naqiu Buat Ramai Terperanjat

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram