Perkahwinan merupakan antara detik manis dan bersejarah yang akan dikenang sampai bila-bila. Setiap orang bercinta pasti ingin mengakhiri hidup mereka sehingga ke jinjang pelamin. Seiring dengan perkembangan zaman, terdapat banyak perbezaan di antara perkahwinan dahulu dan sekarang. Antaranya termasuklah sesi bergambar pre-wedding. Mungkin shoot seperti ini nampak seperti mudah, namun hakikatnya sangat perlu tenaga yang banyak.
BACA :Â Janji Nak Kahwin Kalau PKP Lagi, Pengantin Berbaju Hitam Buat Ramai Terpukau
Bakal isteri pitam, kena dukung menuruni bukit ke tempat selamat
Menurut perkongsian di laman sosial Tiktok @izoezsus yang telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, menunjukkan sebuah video tentang bakal mempelai ketika sedang menjalani sesi pre-wedding di sekitar kawasan hutan. Malang sekali, salah seorang daripada mereka telah pun pengsan. Walaupun busana pengantin yang dipakai kelihatan tebal, jejaka tersebut tidak penat memikul wanita itu menuruni bukit. Sampai ke sebuah pondok, dia dibaringkan ke riba lalu diberi air minuman.
@izoezsus lagi motretin prewed, pengantinya malah mau pingsan karena blm sarapan. #fypã‚·
Netizen bersimpati melihat keadaan wanita itu..
Pada akhir video, dapat dilihat seorang wanita yang berbaju merah jambu sedang menyuapkan nasi kepada perempuan yang bakal bergelar seorang isteri itu. Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen berkenaan dengan video ini. Kebanyakan daripada mereka bersimpati dengan keadaan wanita tersebut. Kata-kata nasihat seperti tidak melupakan sarapan sebelum menjalani penggambaran turut diberi kepada kedua-dua mempelai tersebut. Ada juga netizen yang mendoakan agar mereka berdua dapat di satukan kelak.
Sumber : Tiktok izoezsus