Viral

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya
Rasaflix

Sharing is caring!

Kucing adalah salah satu binatang peliharaan yang terbukti mampu redakan stres manusia. Namun di sebalik kecomelan dan sifat manja, sifat nakal si bulus juga boleh meningkatkan  kemarahan para pemiliknya. Samalah seperti video lucu baru-baru ini tentang seekor kucing comel bewarna putih ini apabila membedal ikan peliharaan milik tuannya.

BACA:¬†[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’


Tuan kucing terkedu air berkecah di atas lantai…Si bulus memakan ikan laganya

Menurut perkongsian di laman Facebook milik Haniff Salleh Senso, kucing Parsi belaannya telah ‘kantoi’ memakan salah satu ikan laga peliharannya. Paparan video tersebut, Haniff juga malah terkejut apabila mendapati air berkecah di atas lantai ruang televisyennya.

Abis ikan laga aku yg memahal smua ko bedal

Posted by Haniff Salleh Senso on Sunday, November 8, 2020

Nak dimarah comel, cakap sikit lari…Mahal yang kau bedal

Sambil menggelar dirinya sebagai ayah kepada si bulus tersebut, lelaki itu turut mengeluh bahawa ia sudah cukup diberikan makanan yang berkualiti tinggi. Tegasnya lagi, dia juga mengalami kerugian mencecah RM100 lebih untuk ikan laganya. Lebih melucukan lagi apabila kucing berbulu putih ini memberi reaksi yang sebaliknya.

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

Telinga bergerak mesti berdesah dengar ayah berleter

Video yang mendapat lebih 800 perkongsian itu telah dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya terhibur dengar bebelan Haniff serta gelagat kucingnya itu. Si bulus kelihatan tidak memperdulikannya lalu berjalan pergi. Terdapat segelintir netizen menggelarnya ‘Uteh’ kerana bulunya yang berwarna putih.


“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

Sumber: FB Haniff Salleh Senso

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Apa Salah Ikan Tu Nak”- Si Bulus Dibebel Tuan Sebab Makan Ikan Laganya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes