Hiburan Viral

[VIDEO] Mummy Buzy Tapi Nak Suruh Masak, Apa Yang Dibuat Yusuf Dipuji Bijak

Dari zaman berkahwin sampailah mempunyai 2 anak, keluarga kecil Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sering mencuri tumpuan lebih-lebih gelagat putera sulung mereka, Yusuf Iskandar. Setiap video yang dikongsikan sering mendapat jumlah tontonan yang tinggi seterusnya menjadi sebutan pengikut di Instagram. Sama juga dengan video terbaru yang dikongsikan sejak beberapa jam lalu ini. Video sewaktu Hanis bersama dengan Yusuf sudah mendapat lebih 100,000 jumlah tontonan setakat ini.

BACA : [VIDEO] Bila Yusuf Menyampuk Cakap Orang Tua, Lihat Teguran Halus Hanis Zalikha

(Video perbualan swipe ke kanan)

Advertisement

Seperti video-video sebelum ini, Yusuf sekali lagi menambat hati ramai dengan keletah lucunya sewaktu tiba waktu memasak. Menurut kapsyen yang ditulis pada posting berkenaan, Hanis telah diingatkan tentang waktu memasak walhal dirinya masih sibuk dengan kerjanya sendiri. Oleh itu, dia menyuruh Yusuf Iskandar untuk menyediakan bahan masakan terlebih dahulu.

Advertisement

Siap ambil mangkuk nak asingkan bahan

Hanis Zalikha telah memberikan panduan ringkas kepada Yusuf tentang bahan yang perlu ada seperti ikan bilis, bawang putih dan juga bawang merah. Lucunya, kuantiti untuk ikan bilis yang diambil sangatlah sedikit sehingga Hanis sendiri pun merasa terhibur dengan gelagat Yusuf.

Advertisement

Bujibu pun tak cukup kalau ikan bilis banyak macam tu

Bukan sahaja sudah meraih jumlah tontonan tinggi, netizen juga nampaknya memuji sikap ‘ringan tulang’ serta kepintaran yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan. Ada juga yang sempat berseloroh tentang kuantiti ‘ciput’ ikan bilis tersebut. 

Advertisement

Sumber : Instagram The Yusuf Iskandar

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram