Utama Artis Tampil Dengan Imej Baru, Amyra Rosli Akui Sangat Selesa Bila Pakai Tudung

Tampil Dengan Imej Baru, Amyra Rosli Akui Sangat Selesa Bila Pakai Tudung

Baru-baru ini, couple selebriti terkenal iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli sekeluarga telah berpeluang menunaikan umrah bersama beberapa jemaah lain. Malah segala aktiviti mereka sepanjang berada di sana juga dikongsikan menerusi laman Instagram masing-masing. Mereka telah pun selamat pulang ke tanah air beberapa hari yang lalu dan berharap agar dapat menjadi tetamu Allah SWT lagi pada masa akan datang.

BACA : Amar Baharin Kongsi Video Tawaf Kaabah, Ramai Sebak & Rindu Pergi Ke Sana

Amyra pakai tudung di set MeleTOP

Semalam pula, ibu bapa kepada Aqeef Anaqi telah di jemput ke set rancangan MeleTOP bagi mempromosikan drama terbaru bersama Emma Maembong yang kini sedang bersiaran di Astro Ria. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah penampilan berhijab Amyra sejurus pulang dari mengerjakan umrah.

Apa yang saya rasa & dapat masa umrah, biar saya teruskan

Menerusi portal Astro Gempak, aktres berusia 28 tahun ini menjelaskan bahawa dia menyerahkan kepada orang ramai untuk memikirkan sama ada imej tersebut semata-mata untuk watak dalam drama lakonannya ataupun sebaliknya. Tambahnya lagi, dia memilih untuk tidak menguar-uarkan perkara itu kepada umum.

Advertisement




Rasa selesa bila pakai tudung

Jelas pelakon dan pengacara ini lagi, dia mengakui bahawa berasa sangat selesa apabila memakai tudung. Malah dalam drama terbaru lakonannya itu juga, dia perlu mengenakannya dan terus berbuat demikian semasa megerjakan umrah baru-baru ini.

Sumber : Astro Gempak

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement