Hampir Terbaca ‘Sihir Mantera’ Di Komen IG, Nasib Baik Isteri Dapat Detect Awal

Walaupun dunia semakin maju terkehadapan, masih ada kelompok masyarakat yang tergamak melakukan perbuatan khurafat untuk memuaskan hati sendiri meskipun ia terang-terangan berdosa besar. Gara-gara hasad dengki serta cemburu melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain, maka tidak hairanlah pelbagai kisah viral mengenai sihir mahupun santau terus berlegar di ruangan media sosial kita. 

BACA : 2 Minggu Asyik Merapu Tak Tidur, Gadis Dedah Pengalaman Adik Disihir Teruk

Nasib baik wife tak baca sampai habis

Advertisement

Bahkan terdapat 1001 cara yang digunakan demi melaksanakan niat busuk berkenaan seperti yang menimpa seorang usahawan bernama Hafiz Mahamad di Instagramnya baru-baru ini. Seperti yang diketahui, Instafamous ini sering kali membuat kejutan sweet kepada isterinya dari zaman bercinta sehinggalah berkahwin. Tambahan pula, rumah tangga mereka semakin bahagia dengan kedatangan zuriat sulung sekitar bulan Jun tahun lalu. Namun di sebalik kebahagiaan yang tercipta, ada pula pihak mula tak senang duduk sehingga sanggup menghantar sihir dalam bentuk mantera menerusi ruangan komen Instagram. 

Advertisement

Buat benda jahat, sekejap je Allah balas

Mujur sahaja wanita berkenaan menyedari bahawa komen tersebut agak ‘lain macam’ sebelum ia dipadamkan terus daripada ruangan komen berkenaan. Walaupun bagai sukar diterima akal bahawa benda sihir boleh dihantar dengan cara sedemikian rupa, namun Hafiz dilihat meluahkan kecewa dengan tindakan si pelaku. Oleh sebab itu juga, dia menitipkan pesanan kepada orang di luar sana agak tidak terjerumus berbuat hal terkutuk itu dan memperbanyakkan amalan ke jalan Allah.

Advertisement

Sumber : Instagram Hafiz Mahamad

Advertisement

Advertisement