Viral

[VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi

[VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi

Sharing is caring!

Kalau cakap sahaja tentang keluarga bahagia Hanis Zalikha serta Hairul Azreen, siapa sahaja yang tidak mengenali mereka bukan? Bahkan sehingga kini, akaun Instagram milik mereka sudah mempunyai jutaan pengikut setia yang seringkali teruja menantikan telatah harian. Bahkan baru-baru ini, video yang dikongsikan oleh Hairul sewaktu sedang bersantai dengan anak bongsunya bernama Alisa Aishah terus menghiburkan ramai netizen.

BACA : Hairul Banding Respon Kawan VS Isteri Bila Motor Rosak, Hanis Pula Masuk Komen

Ingatkan Bujibu je terkejut bila Daddy nyanyi

Mula dimuat naik sejak semalam lagi, rakaman itu sudah pun meraih lebih setengah juta tontonan. Dalam video berkenaan, Hairul begitu khusyuk memainkan gitar sambil mendendangkan lagu barat berjudul ‘Wonderful Tonight‘ oleh Eric Clipton. Ketika sedang feeling-feeling menyanyi, reaksi yang ditunjukkan Alisa nampaknya menjadi perhatian.


Kenapa dengan aku sekali terkejut? Rasa bersalah gelakkan

Dengan bunyi bising yang tiba-tiba kedengaran, bayi comel itu terus terkejut dan wajahnya berubah menjadi ‘cuak’. Dia juga terus memandang wajah si ayah beserta skrin kamera dengan mata yang terbeliak. Meskipun video itu ringkas sahaja, namun ia masih cukup menceriakan hari-hari kita sehingga dibanjiri ribuan komen daripada netizen. Katanya, mereka sendiri pun turut terkejut sama seperti Alisa apabila mendengar bunyi tersebut.

[VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi [VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi [VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi

Bujibu terkejut sebelum melangkah pergi

Melihat kepada video tersebut, sebenarnya sekitar 2016 dahulu pernah wujud rakaman yang seakan-akan sama. Namun sewaktu itu, Hairul Azreen bermain gitar serta menyanyi untuk kucing kesayangannya, Bujibu Chempel. Turut memberikan reaksi serupa, haiwan berkenaan terus menoleh ke belakang dalam keadaan terkejut sebelum berlalu pergi sewaktu tuannya itu mula mendendangkan bahagian korus lagu Melayu tersebut.


View this post on Instagram

Sumbang I hampir nak Team Ahnaf bye

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Sumber : Twitter Bujibu Chempel, Instagram Bujibu Chempel dan Hairul Azreen


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Dulu Bujibu, Kini Alisa Pula ‘Terkejut Beruk’ Masa Hairul Azreen Nyanyi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram