Siapa tidak kenal dengan couple selebiriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kan? Keluarga ini sering mendapat perhatian netizen di media sosial Instagram lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
BACA:Â Nak Tipu Puasa Rasa Bersalah, Hairul Azreen Terdiam Bila Dengar Pengakuan Anak
Pembantu rumah nak balik Filipina…sempat dakap erat Yusuf & Alisa
Terbaru di Instagram, Hairul Azreen berkongsi detik perpisahan antara keluarganya dan juga pembantu rumah yang dikatakan ingin pulang ke kampung halaman di Filipina. Seakan-akan berasa berat untuk pergi, Melany memeluk erat dua beradik itu malah kedengaran suara Yusuf turut mengucapkan terima kasih.
Hanis Zalikha menangis masa dakap Melany…pembantu rumah hargai segala kebaikan
Namun keadaan menjadi lebih sebak tatkala Hanis Zalikha memeluk pembantu rumahnya turut saling bermaafan. Selain berat untuk melepaskan maid kesayangan pulang ke kampung halaman, Yusuf Iskandar juga mendakap pembantu rumah itu buat kali terakhir. Sementara itu, wanita dari Filipina tersebut turut menghargai kebaikan selebriti berkenaan yang tidak pernah memarahi dirinya.
Kami semua sayang kat Melany…sebab dia baik & sayang kat budak-budak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat perpisahan antara keluarga selebriti tersebut dengan pembantu rumahnya. Bahkan ibu kepada Hairul Azreen menyatakan Melany sememangnya seorang maid yang sangat baik.
Sumber: Instagram hairulazreen