Artis

[VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa

[VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa
Rasaflix

Sharing is caring!

Memasuki pusingan suku akhir malam tadi, program realiti Gegar Vaganza Musim ke-7 ternyata semakin dapat sambutan hangat. Dengan tema ‘GV Throwback‘ pada minggu ke-8, semua bintang telah berikan persembahan sehabis baik untuk layak ke peringkat seterusnya namun Yantzen terpaksa akur apabila perjuangannya terhenti setakat malam tadi sahaja.


BACA: Dikecam Muncul Konsert GV Bergambar Dengan Alif Satar, Jihan Muse Buka Mulut

‘Tapau’ macam konsert sendiri…penantian selama 7 minggu akhirnya dapat juga genre rock

Ramai peserta menunjukkan ‘belang’ dalam konsert berikut termasuklah lagenda rock terkenal Malaysia, Muss May yang menyanyikan lagu ‘Seragam Hitam’ oleh kumpulan Kristal. Gara-gara beberapa minggu sebelumnya sering dapat genre lagu yang dianggap luar kebolehannya, Muss akkhirnya dapat juga melepaskan ‘geram’ untuk beraksi di atas pentas. Mamat Khalid serta juri-juri tetap yang lain telah berikan komen pujian mengenai persembahan tersebut sehinggakan berjaya meraih juara bagi minggu ke-8.


Memang mantap teruk, tengok je terus fokus…tahniah legend dapat nombor satu

Di samping aksi persembahan yang sangat padu, rata-rata netizen memuji keunikan dan kelunakan suaranya. Malah ada yang menyatakan sangat terhibur dapat tonton persembahan penyanyi tersebut yang akhirnya dapat tugasan lagu genre rock. Mereka sangat berpuas hati dan berharap Muss May mampu bertahan hingga ke final GV sekali gus menggondol gelaran Juara Gegar Vaganza 2020 daripada pencabar terdekat lain.


[VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa [VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa [VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa

Sumber: Instagram Official Ria X , Astro Gempak & Immus2020

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] ‘Lepas Geram’ Dapat Nyanyi Lagu Rock, Muss May Nyata Tetap Berbisa

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram