Cinta & Perhubungan Viral

[VIDEO] Kemain ‘Menggeletis’ Habis Bila ‘Crush’ Balas DM, Tapi Rupa-Rupanya..

Menyimpan perasaan memang lumrah biasa manusia. Lazimnya individu yang disukai itu akan digelar sebagai ‘crush‘. Melihat sekilas bayangnya saja dah buat hati tidak keruan dibuatnya apalagi jika berpeluang berhubung tidak kira secara langsung atau sebaliknya. Samalah seperti dengan seorang pemuda ini yang kelihatan sangat teruja dan juga gembira apabila mendapat reply daripada gadis diminatinya baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Cabar Kawan Untuk Hubungi Crush, Tak Sangka Orangnya Depan Mata Sendiri   

Kalau girls nak tahu, macam ni lah reaction lelaki

Advertisement

Detik keterujaan itu telah pun dirakam dan seterusnya dimuat naik di laman Twitter oleh rakannya, @AqilFeehily. Remaja lelaki berkenaan dilihat ketawa kegembiraan bercampur malu apabila diusik oleh kawan-kawannya sewaktu sedang memandu. Malah dia juga sempat memuji kecomelan gadis yang sedang dibicarakan tersebut sambil tersenyum lebar.

Crush tak suka balik ke kami pun

Walau bagaimanapun, kebahagiaan yang dirasai itu cuma bersifat sementara apabila gadis yang diminati tidak menyukainya kembali. Rupa-rupanya lelaki tersebut hanya bertepuk sebelah tangan. Rakannya turut sempat berseloroh dengan mengatakan tiada masalah jika crush mereka tidak membalas perasaan tersebut memandangkan masih punya kawan-kawan untuk merasa bahagia. 

Advertisement

Aku yang rasa bahagia tengok dia tersuka-suka malu

Advertisement

Video berkenaan telah mendapat lebih 222,000 jumlah tontonan berserta 19,200 retweets. Walaupun pengakhirannya agak menyedihkan, namun rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang sangat excited. Ada yang turut memuji reaksinya kelihatan sangat comel. 

Sumber: Twitter Aqil

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram