Viral

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

Sharing is caring!

Sejak tahun 2010, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengejutkan ramai apabila beliau nekad menarik diri daripada menyertai sebarang pertandingan nyanyian. Namun pada Anugerah Juara Lagu 34 yang berlangsung Ahad lalu, sejarah seakan tercipta apabila penyanyi tersohor ini membuat kejutan menerusi lagu ‘Anta Permana’. Saat semua menyangka Bob Yusof hanya menyanyi sendirian, kemunculan DS Siti Nurhaliza nyata berjaya menggamatkan ruang Stadium Axiata Arena.

BACA : Dibadutkan Dalam Persembahan Drama Band, Netizen Salute Respon Haqiem Rusli

Mikrofon alami masalah teknikal?

Malangnya saat beliau mula bergerak ke hadapan sambil menyanyikan bahagian kemuncak lagu tersebut, netizen yang menonton secara live di televisyen semacam ‘naik gila’ apabila suaranya tiba-tiba tidak kedengaran langsung. Apabila sudah sampai di hadapan pentas bertemankan Bob di sebelah, barulah suara lunaknya muncul semula.


Saya rasa persembahan itu tetap terbaik

Menjawab isu berkenaan, team pengurusan lagu ‘Anta Permana’ menyifatkan ia sebagai perkara kecil yang masih boleh dimaafkan. Jelas Hael Husaini juga, masalah teknikal merupakan hal biasa yang sering terjadi dan setiap penyanyi harus bersedia dengan situasi tidak terduga seperti itu (minit 3:20).

Nampak tak apa saya nampak?

Di saat masalah itu sudah semakin reda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi Instagram sempat membuat posting terbaru yang membuat ramai peminat terhibur. Berkongsikan semula sebuah hasil kartun illustrasi daripada @artortoise, dapat kita saksikan imej mikrofon yang seolah-olah dicampak jauh oleh penyanyi nombor 1 negara itu.


Wah…Ada pun suaranya

Sedar bahawa ramai tidak berpuas hati dengan masalah teknikal semasa live itu, pihak produksi TV3 akhirnya memuat naik video terbaru yang cukup sempurna. Dalam rakaman berkenaan, suara DS Siti Nurhaliza kedengaran sangat jelas berbanding apa yang sudah terjadi pada malam anugerah sebelum ini. Menjengah ke IG Story pula, beliau seakan-akan berpuas hati dengan paparan video tersebut. Namun netizen di komen pula menyifatkan seolah-olah ada unsur sindiran halus selain sempat berseloroh.

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

 

Sumber : Facebook Aiden Travel, Instagram ctdk, Youtube Budiey Channel, Youtube TV3MALAYSIA official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kecoh Pasal Mikrofon Rosak Masa Live AJL 34, Tokti ‘Sindir’ Cara Halus?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram