Viral

‘Dibadutkan’ Dalam Persembahan Drama Band, Netizen Salute Respon Haqiem Rusli

Selepas giliran Haqiem Rusli membuat persembahan menerusi lagu ‘Lembah Kesepian’, penonton Anugerah Juara Lagu 34 seakan terpana dengan kemunculan Drama Band. Membawakan lagu rancak berjudul ‘Drama’, kumpulan pemuzik tersebut tampil berani menyajikan sebuah persembahan penuh sinikal. Bukan sahaja mengenakan busana dan solekan yang cukup menakutkan, malahan elemen lakonan di atas pentas sarat itu menjadi kekuatan Drama Band pada malam tersebut.

BACA : Michael Ang Puji Haqiem Rusli, Rakan Artis Pula Kantoikan Perangai Sebenarnya

Persembahan penuh unsur sarkastik

Seperti diketahui ramai, muzik video asal lagu ‘Drama’ memang sarat dengan isu hangat yang berlegar dalam industri hiburan. Menggunakan idea sama, konsep berkenaan turut di bawa ke pentas AJL 34 Ahad lalu. Bermula daripada kontroversi penarikan takhta Dewi Remaja, penyanyi depresi sampailah kepada konflik keruntuhan rumah tangga di kalangan ustaz selebriti, semuanya unsur sarkastik dapat ditangkap dengan mudah oleh para netizen.

Advertisement

Kredit Foto : MalaysiaGazette

Tiada etika dalam hiburan

Isu penyanyi depresi itu sebenarnya merujuk kepada Haqiem Rusli yang pernah menggunakan masalah tekanan itu sebagai gimik lagu baru. Walau kelihatan berani, namun masih ada sisi lain yang sempat dihuraikan oleh seorang pemuda ini di Twitter. Dia nampaknya menegur Drama Band yang disifatkan agak keterlaluan dalam menyampaikan mesej persembahan mereka.

Advertisement

Advertisement

Asalkan saya tak kacau sesiapa

Sedar bahawa dirinya turut menjadi salah satu bahan perlian dalam persembahan tersebut, Haqiem Rusli nampaknya kekal tenang meskipun dia berada pada acara yang sama. Dalam masa sama, penyanyi muda tersebut mengakui agak terganggu apabila menyaksikan semua yang berlaku di belakang pentas.

Advertisement

Kecaman dan hinaan bukan jalan yang baik

Jawapan matang yang diberikan oleh Haqiem ternyata membuatkan netizen kagum. Kebanyakan warga Twitter dilihat memuji profesionalisme penyanyi ini menghadapi situasi berkenaan selain mendoakan kerjayanya dalam bidang muzik.

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Sumber : Twitter Haqiem Rusli dan Jazlie Dawani, MuhdShareenn

Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram