Artis Hiburan

[VIDEO] Wajah Marina Hancur Disimbah Asid, Ending Drama ‘Camelia’ Dipuji Ramai

Setelah kesemua 15 episod ditayangkan, akhirnya drama rantaian ‘Camelia’ telah pun menutup tirainya pada malam tadi. Selain berasa tak puas hati terhadap Marina, siapa sangka watak split Camelia juga telah menimbulkan kekecohan dengan suaminya, Malik serta Jamal. Apabila kesemua tujuan helah dan muslihatnya didedahkan oleh dirinya sendiri, Mariam akhirnya terpaksa menanggung padah apabila dirempuh dengan sebuah kereta yang dipandu oleh adik iparnya.

BACA: Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Advertisement
View this post on Instagram

EPISOD AKHIR MALAM INI #CAMELIA Jangan lupa saksikan drama bersiri Camelia di slot Samarinda pada jam 10 malam ini hanya di @tv3malaysia @dramasangat Camelia | 15 Episod | Isnin – Khamis | 10 Malam | @tv3malaysia Director : @eoonshuhaini Penerbit : @hasnizanordin Terbitan : @saphirescreen Penulis Skrip : @azlinapawan @dianadanielleb @saharulridzwan @ainedruce @hafidz.roshdi @lisdawati15 @zarinazainuddin_ @ainina_ahmad_b @rockingbalqis @qistinaraisah08 @redwanadha_izwandy #cameliatv3 #CameliaTV3 #tv3malaysia #saphirescreenproduction #SaphireScreen #behindthescenes #samarinda #dramasangat #jeritanmaryampesonacamelia

A post shared by Saphire Screen Sdn.Bhd (@saphirescreen) on

Advertisement

Marina kena simbah asid…habis berbalut satu muka

Tak cukup dengan itu, kemarahan Jamal sekali lagi diuji apabila Marina naik berang setelah mendapat tahu bahawa lelaki tersebut sering menggelapkan keuntungan butiknya. Akibat perkara itu juga, dia nekad menyimbah larutan asid ke muka isterinya sebelum kehilangan nyawa akibat dirempuh lori sewaktu lari dikejar bodyguard Marina. Walaupun terselamat, tetapi keseluruhan wajahnya telah terjejas susulan insiden itu.

Mariam & Marina saling bermaafan…Camelia wujud tapi terkawal

Di penghujung drama tersebut, dua beradik tersebut akhirnya saling bermaafan dan mengakui kesalahan masing-masing di hadapan Malik & Maksu. Dengan nada sebak, Mariam juga memberitahu bahawa dia sangat menyayangi adik kandungnya walaupun banyak kejahatan pernah dilakukannya sejak kecil lagi. Dalam pada itu, keadaannya juga semakin pulih dan berjaya mengawal identiti Camelia daripada mencetuskan sebarang konflik lagi.

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Puas hati Marina terima balasan setimpal…pelakon semua hebat

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap susulan babak pengakhiran yang cukup menyayat hati serta mendebarkan itu. Secara keseluruhannya, mereka menyatakan rasa puas hati apabila Marina telah mendapat pembalasan yang setimpal dengan tindakan jahatnya sebelum ini. Di samping itu, mereka juga memuji penghayatan kesemua pelakon yang terlibat untuk menjayakan drama yang memberi kesedaran tentang masalah psikologi sebegini.

Advertisement

Sumber: IG saphirescreen & YouTube TV3MALAYSIA Official

Advertisement

Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram