Connect with us

Cinta & Perhubungan

[VIDEO] “Janji Tak Nakal Lagi” – Murid Sebak Jumpa Ust Ebit Lew, Rindu Mak Ayah

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam dunia dakwah di Malaysia. Keberkesanannya dalam menyampaikan dakwah membuatkan ramai ingin mengikuti dan mendengar percakapan beliau. Kesanggupan beliau untuk mengambil pendekatan termasuk lah gelandangan di bawah jambatan dan lorong-lorong telah membuka mata masyarakat. Beliau dilihat bergerak secara aktif untuk mendalami kehidupan golongan ini sekaligus merasai apa yang dihadapi oleh mereka.

BACA: Tak Pandai Berdakwah,Ini Teguran Sentap Haze Buat Da’i Wan dan PU Amin

Terbaru beliau berkongsi video ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah sekolah sekitar Putrajaya. Seorang murid menangis sebaik sahaja ustaz bertanyakan tentang tentang ibu serta ayahnya. Soalan yang mudah namun mampu menjentik hati seorang murid.

Awak rindu mak ayah?

Ternyata reaksi pelajar itu yang sebak mengalirkan air mata meruntun jiwa ramai termasuklah para pengikut pendakwah berkenaan.

Tengok video tanpa suara tapi tetap sebak

Kecil jiwanya mudah tersentap

 

Semoga berterusan dijentik hati anak muda, bimbang lalai jika dibiar

Bahagia je rasa ada lelaki macam ustaz

 

Sumber: IG Ebit lew

Cinta & Perhubungan

“Kahwin Cepat Sis” – Sedondon Bersama, Joy Revfa Ada Hubungan Dengan Da’i Syed?

Bagi yang mengikuti usahawan wanita ini, pasti tahu tentang perkahwinan keduanya bersama penyanyi Hafiz Hamidun yang telah berakhir sejak 2017 lalu. Walaupun Joy Revfa telah memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal sejak daripada itu, namun dia tampak selesa dengan status solo tersebut. Namun menerusi perkongsian di IG miliknya pada beberapa hari lalu, dia ada memuat naik swafoto bersama bekas peserta program Da’i iaitu Syed Iqmal.

BACA: “Yang Penting Dah Halal” – PU Abu Tutup Mulut Netizen, Akui Bernikah Di Siam?

Foto itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengikutnya.

Wah…sedondon nampak

Sesuai sangat la Joy…kahwin cepat sis

Bagaimanapun ada juga yang mempersoal tindakannya itu kerana mereka lebih suka dengan jejaka bernama Faiz yang pernah dikaitkan dengan Joy pada tahun lepas.

Dah tukar orang pulak ke? Yang haritu mana?

Mana abang harum manis…Joy dengan Faiz lagi tak?

Bagaimanapun, desas-desus itu telah pun terjawab apabila Da’i Syed memperjelas tentang hubungan mereka menerusi sebuah laporan portal hiburan baru-baru ini.

Tak bercinta pun…saya dah anggap Joy macam kakak sendiri

Joy selalu minta nasihat & saya sering berpesan agar kembali bangkit

Tapi dia turut memberitahu yang dia lebih selesa mencari p4sangan hidup yang sebaya dengannya yang baru berusia 24 tahun.

Sumber: IG joyrevfa & mStar

Continue Reading

Cinta & Perhubungan

“Yang Penting Dah Halal”- PU Abu Tutup Mulut Netizen, Akui Bernikah Di Siam?

Bulan lepas, hangat diperkatakan tentang kontr0versi yang melanda Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan selepas bekas isterinya meluahkan tentang berita pencer4ian oleh pendakwah selebriti berkenaan meskipun dia sedang sarat mengandung. Menurut status Ain Afini yang telah dipadam tempoh hari, bekas suaminya telah memilih untuk berpisah dan bersama dengan pihak ketiga selepas permintaannya untuk berp0ligami ditolak oleh Ain.

BACA: “Bangganya..” -Hebah Bagi RM10K Kepada Bekas Isteri, PU Abu Dikecam Teruk

Terbaru,  sebuah laporan portal hiburan mendedahkan bahawa PU Abu akhirnya telah pun bergelar seorang suami semula selepas bernikah dengan janda beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa. Penjelasan tersebut dipercayai dikongsikan di laman Instastory miliknya pada awal pagi tadi sebelum dipadam beberapa minit kemudian.

Yang penting hubungan saya dah halal

Kredit foto: mStar

Penjelasan itu juga dilihat seperti telah mengesahkan sebuah maklumat daripada individu yang ternampak PU Abu bersama dengan seorang wanita, dipercayai Hana di Satun, Thailand pada tarikh yang disebutkan itu, iaitu 2 Mei 2019. Dalam status tersebut, dia juga mengingatkan orang ramai agar berhenti mengkritik lagi dirinya selepas ini.

Terdahulu, kedua-dua p4sangan tersebut dilihat seperti mengucapkan tanda syukur di laman IG masing-masing. Perkara itu turut memberi bayangan tentang hubungan baru mereka.

Officially…Alhamdulillah

Sewaktu kontroversi tersebut hangat, kedua-dua mereka sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarga yang lain pada pertengahan April lalu.

Serbuan wartawan MStar sewaktu PU Abu baru tiba ke KLIA

Sumber: mStar

Continue Reading

Cinta & Perhubungan

Bagaimana Untuk Marah Isteri Tanpa Memarahi? Ini Tips Yang Suami Perlu Mahir!

Sebut sahaja tentang alam perkahwinan, pasti akan ada sahaja pasang surutnya. Antara permasalahan yang sering menjadi isu di antara suami isteri masa kini adalah masalah komunikasi dan mengawal sifat marah. Lebih-lebih lagi menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia ini, Ikuti perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir ini menerusi pengalaman bersama isterinya sepanjang perkahwinan mereka.

BACA: Baru Hari Pertama Puasa, Suami Isteri Mencuri Depan Mata Anak?

Saya orang yang marah kalau benda itu boleh dielakkan

Sebelum kahwin pernah marah isteri…dia menangis & sukar berhenti

Bagaimanapun, setelah isterinya menyesali kesalahan yang dilakukan itu, Akhtar terus memberikan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi dan memujuknya kembali.

Saya terharu & berikan kata-kata semangat untuknya

Wanita dilahirkan dengan emosi…suami perlu kesabaran tinggi

Sumber: FB Akhtar Syamir

Continue Reading

Trending