Utama Viral Tak Pandai Berdakwah,Ini Teguran Sentap Haze Buat Da’i Wan dan PU Amin

Tak Pandai Berdakwah,Ini Teguran Sentap Haze Buat Da’i Wan dan PU Amin

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila seorang pendakwah selebriti yang terkenal melalui rancangan ‘Pencetus Ummah’, PU Abu yang bertindak berpisah dengan isterinya gara-gara ingin bernikah dengan seorang janda pada bulan ini. Hal ini menjadi kritikan netizen kerana pada ketika ini, isterinya sedang sarat hamil 7 bulan. Tambah memburukkan keadaan, bukan sahaja PU Abu, malahan beberapa pendakwah media sosial seperti Da’i Wan dihentam teruk kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan tindakan rakan seperjuangan. Disebabkan isu ini, Hazeman Huzir, yang juga penerbit dan pengacara Motif Viral tampil dengan surat terbuka, menegur pendakwah-pendakwah media sosial ini.

BACA: “Kita Semua Sama”- Caprice Beri Komen Isu Dai Wan PU Abu

Kenapa Pendakwah Dikecam

Menurut Haze, disebabkan tugasan beliau memerluk@n beliau sentiasa memerhatikan perkembangan media sosial. Beliau mendapati ramai pendakwah yang dikecam gara-gara isu ini kerana cara penyampaian yang kurang sesuai.

“Bila anda menyampaikan mesej anda dari atas singgahsana”

Selain itu sebahagian pendakwah begitu mudah menghukum, seperti merujuk k3s PU Amin yang mengeluarkan kenyataan berkenaan azab yang menimpa dan ribut pasir.

Bila  pendakwah Malaysia mengeluarkan statement dan mendatangkan kemarahan orang ramai, makanya ianya effect your credibiliti sebagai seorang pendakwah. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.”




 

Mereka Merasakan Anda Tidak Relevan

“Saya adalah seorang pengucap awam, tv hos. Antara benda yang saya berpegang dan prinsip saya adalah in order for you to make a difference, when you give a speech is to have, not just a credibility but also charisma. Karisma ini pada saya when you say something, and change can be done with your word alone.”

“Kalau anda adalah seorang pendakwah dan tidak ada karisma mahupun kredibiliti mahupun orang yang mahu mendengar sebab mereka merasakan anda tidak relevan, macam mana you nak sampaikan dakwah you.”




Janganlah You Guys Macam Memperendahkan

“Mungkin you cakap apa yang you buat ni untuk tuhan, dan you tidak pedulikan apa manusia cakap, tapi tugas pendakwah atau ucapan awam untuk menyampaikan mesej kepada orang awam tapi kalau orang tak boleh terima you macam mana you nak sampaikan dakwah.”

“Sebagai contoh sewaktu Da’i  Wan bercakap tentang k3s PU Abu, intonasi Da’i Wan seolah-olah memarahi netizen.”

“Kami faham, kami sebagai rakyat marhein ni memanglah jahil agama. Tapi janganlah you guys macam memperendahkan.”

Bab Agama You Lagi Pandai..

“Bab agama you lagi pandai. Aku tahu benda tu. Apa yang saya tegur adalah cara penyampaian.”

Haze berpendapat seg3lintir pendakwah yang terlalu tegas dalam mengecam sehingga diviralkan perlu mempelajari teknik penyampaian yang lebih baik. Ini kerana disebabkan pendekatan yang kurang baik menyebabkan perkara yang ingin disampaikan tidak tersampai, tenggelam dalam kecaman. Beliau juga turut memuji pendekatan Ebit Liew yang penuh dengan kasih sayang dan diterima ramai.

K3silapan Yang Berulang Adalah Sebuah Kebodohan

Di akhir videonya Haze juga menyampaikan pesanan buat semua pendakwah media sosial yang menjadi bahan viral dan kritikan netizen.

“1.Kita Sebagai pendakwah dan penceramah tak boleh lari dari k3silapan.




2. K3silapan yang berulang adalah sebuah kebodohan.

3. K3silapan itu boleh dibetulkan dengan improvement.

4. What kind of improvement you want for yourself. If you think you already good. Why do you get this kind of viral.”




Sumber:  Hazeman Huzir

Artikel Popular