[VIDEO] Gigih Buat Animasi Kartun Sendiri, Pemuda Berjaya Lamar Rakan Sekolah

Apabila sudah berteman sekian lama, setiap lelaki dan wanita pasti mahu membawa perhubungan istimewa tersebut ke arah yang lebih jauh. Bagi merealisasikan impian berkenaan, pelbagai cara dilakukan dalam usaha membuat lamaran paling terindah untuk partner masing-masing. Samalah juga seperti seorang lelaki ini yang bertindak melakukan kejutan dengan melamar teman wanitanya dengan cara tidak disangka-sangka.

BACA: Siti Hawa Ajak Laki Kahwin Macam Gengster, Rupanya Ramai Lagi Kongsi Benda Sama

Lamar teman wanita melalui animasi kartun

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh lelaki berkenaan, Leo Lechler di laman Facebook. Jelasnya, dia telah bekerjasama dengan seorang pakar ilustrasi selama 6 bulan bagi merealisasikan impiannya. Pemuda tersebut telah bertindak menambah adegan baru dengan meletakkan dirinya dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Sthuthi David menerusi filem ‘Sleeping Beauty‘. Malah filem berkenaan juga adalah antara tayangan kegemaran gadis berkenaan. 

Advertisement

Pelik bila tengok teman lelakinya di dalam video

Menerusi adegan yang ditambah tersebut, Leo telah menukarkan watak utama filem itu kepada dirinya dan juga cinta hatinya. Setelah melihat perubahan watak berkenaan, gadis tersebut merasa pelik dan barulah tersedar dengan kejutan yang telah dilakukan selepas melihat lelaki itu mengeluarkan sebentuk cincin di hadapannya.

Advertisement

Sempat sedia klip tambahan incase gadis tersebut menolak

Sebelum menerima lamaran tersebut, wanita itu meminta maaf kepada hadirin yang berada di dalam pawagam berkenaan kerana bimbang mengganggu mereka dan akhinya menyedari mereka semua adalah kenalannya. Dia dilihat hampir menitiskan air mata sewaktu sesi menyarungkan cincin. Lebih menarik lagi, pemuda berkenaan turut menyediakan beberapa klip video tambahan sekiranya gadis tersebut menolak lamaran yang telah disediakannya. 

Advertisement

Sumber: Facebook Leo Lecher & Mothership SG 

Advertisement
Advertisement